yusufyaacub/panca-4dimensi: MODENAS KRISS 110 CONVERSION Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Tuesday, August 7, 2012

MODENAS KRISS 110 CONVERSION

salam sahabat buat sekalian~


motor yang aku sayang walaupun bukan motor aku, telah aku tukar rupanya. haha.. camni ceritanya.
aku mula kenal motor ni pada tahun 1997 pada waktu abang aku beli. kriss 110 ni adalah kriss first model dari syarikat modenas. motor ni memang hot pada zaman tu. waktu 1997, aku baru darjah 2. naik motor ni dengan abang aku. kaki pon tak sampai nak pijak stand. kaler biru dia yang mengancam tu memang aku berkenan sampai sekarang. motor ni dah ikut abang aku merata rata sampai ke Johor sana sebab dia pernah study kat UTM Skudai. waktu dia balik kampung dan kerja di Gurun kedah lepas study tu, dia ulang alik setiap hari.

waktu first aku dapat lesen, inilah motor yang aku suka. sebab body dia berat. walaupun mak aku pon ada kriss 110 model baru, aku still prefer motor ni. motor mak aku ringan tuh. time aku dapat study kat perlis masa 2007, aku mintak kat abang aku nak guna motor ni. lagipun dia dah kerja di Miri Sarawak masa tu. so, elaun pertama aku dapat dulu, aku mula proses motor ni. tukar lampu bulb, bateri, cuci enjin cover yang hitam legam tu. pastu sikit2 aku mekap dia bila dapat elaun. itu yang jadi sampai berbunga bunga motor tu. aku lukis freehand je weh.


antara yang pernah aku buat kat motor ni, aku cat semula cover2 yang hitam tu jadikan silver. tukar tayar saiz 90/80 depan dan belakang, tinted lampu brek belakang, visor kat head, cat rim hitam, lining biru kat rim, lukis kat coverset, tukar filter angin tambah kotak custom, balut seat semula, sproket 15-42, cover under enjin.
sementara nak raya hari tu aku terpikir bila sorang2 termenung tengok motor ni di garaj rumah sewa aku. dah teruk sangat dah keadaan luaran dia. jadi aku pon try la buat bajet untuk modfied dia. aku bukan jenis suka kacau enjin. so, aku plan dalam RM200.00, aku nak dia cantik2 gitu. padahal aku bukan ada duit sangat dah. elaun pon makin nipis. sayang punya pasal, aku buat jugak. lagipun dah 3 tahun aku tertangguh nak buat motor ni semula. dan tahun ni adalah tahun ke 6 aku guna dia.


aku pergi survey harga full coverset kriss 120 kat 2 buah kedai. dan dapat harga fullset termurah iaitu RM155.00 sahaja. tunggu apa lagi, aku sambar terus bawak balik dengan kereta member. mengikut plan, memang aku nak kekalkan kepala kriss 110 aku tu. so, kepala dan lampu kriss 120 yang baru dibeli tu aku simpan je. bila dah siap pasang, raga besi yang lama tu pulak tak boleh nak pasang sebab kaki dia pendek. 4 buah kedai aku pusing cari tapi takda stok. kat kedai ke 5 baru jumpa. alang2 dah murah, aku pon tukar seat cover yang baru. yang lama dah reput terus. semua tu dengan harga RM34.00. so, total cost aku menjadi RM 199.00. masih dalam bajet kan?


aku cuci semula enjin cover tu, buat custom oil catch tank dan tarik tiub oil breather ke oil catch tank aku untuk elak enjin hitam semula. then aku tonyoh sepuas hati ekzos dan besi2 enjin bawah tu guna autosol. memang shining gila2 tuh. walaubagaimanapun ada 2 benda lagi yang belum aku dapat buat sebab kurang bajet dah. iaitu tukar bateri baru dan tukar spring kat mangkuk autoclucth tu. kosnya maybe dalam 80-90. ada benda yang aku korbankan untuk motor aku pada raya tahun ni. walaupun aku kurang sesuatu, motor aku dapat sesuatu. kira ok la tu kan? harap nanti aku boleh beli motor ni dari abang aku. sebab aku sayang sangat kat dia.

 




HASIL SEBELUM DAN SELEPAS

simpul simpulan bahasa sanskrit: oh, my kriss biru!

22 comments:

  1. aku juga cintakan kriss aku.beli thn 2001.arini aku nekad antar pomen power kt kg melayu majidee-jb-
    buat enjin plak.skurang2nya bleh menyakat lc.wave kena tapau je.keep in touch.add aku kt fb,mohd affendi (fendidier drogba)

    ReplyDelete
  2. aku juga cintakan kriss aku.beli thn 2001.arini aku nekad antar pomen power kt kg melayu majidee-jb-
    buat enjin plak.skurang2nya bleh menyakat lc.wave kena tapau je.keep in touch.add aku kt fb,mohd affendi (fendidier drogba)

    ReplyDelete
  3. Nice der...sape ckp kriss x cun bile dh bikin..

    ReplyDelete
  4. wei..korang..kulit enjin kriss belah kiri bape rat erk???..

    ReplyDelete
  5. Pergh...cun giler BRO... memang terbaik!!!

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. yap.. sendirian berhad.. haahaa

      Delete
    2. wei ko ade we chat x..saya nk tnjuk moto sya prlu ubah suai ape

      Delete
  7. salam bro, aq ingt nk bikin moto kriss 110 aq la. bole bg tnjuk ajar cket ? :D please bro

    ReplyDelete
  8. salam bro, aq ingt nk bikin moto kriss 110 aq la. bole bg tnjuk ajar cket ? :D please bro

    ReplyDelete
  9. Salam bro,coverset tu jenis ape eh?agak2 brape abis smua?

    ReplyDelete
  10. Salam bro,coverset tu jenis ape eh?agak2 brape abis smua?

    ReplyDelete
  11. Salam bro,coverset tu jenis ape eh?agak2 brape abis smua?

    ReplyDelete
  12. Bro. Cover Set 120 boleh pasang kat Kriss 110 ye? Tapak die semua sama ke?

    ReplyDelete
  13. salam nk tnya coverset 120 tu hrga tu cari kat area mna Gurun jgk?? sbb tgh cari jgk coverset 120

    ReplyDelete
  14. Assalam bro,Berapa kos semua tu ? AQ ade gak Kriss lama..tgk bro nya laws nk adjust gak...berapa kos semua ?

    ReplyDelete
  15. Aku pkai kriss 110..nk tkr coverset itam la.smart sikit..anyway nice bro kriss lu.

    ReplyDelete
  16. salam, nk tanye kalo kepala kriss 2 ngam ke dgn cover set 120 tu?

    ReplyDelete
  17. salam nak tanye...
    moto modenas mr1 boleh pkai cover set kriss 2 x?

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v