yusufyaacub/panca-4dimensi: "THE PROTECTOR" Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, September 23, 2012

"THE PROTECTOR"

salam sahabat buat sekalian~

 akhirnya siap jugak potret ni, aku rasa aku dah KIV potret ni selama beberapa bulan, actually hampir setahun. dan sepanjang bulan tu aku rasa bersalah sangat sebab janji masih belum dicapati. upss...ditepati. baik, orang di dalam potret ni amat aku kagumi. walaupun aku tak membesar di waktu mudanya, tapi sikit sebanyak aku mewarisi trait2nya.

hidupnya tidak ada umur yang sahih kerana lahir sebelum merdeka. tapi apa yang penting sikapnya begitu mudah membantu orang lain baik dari segi makan, tempat tinggal, mahupun kewangan amat aku sanjung. kemiskinan yang dilaluinya bersama keluarga bukan suatu alasan untuk membantu dan berkongsi rezeki bersama kenalan. baginya, rezeki takkan habis kalau masih ada usaha mencari.

walaupun ciri panas baran ada dalam dirinya, namun tidak pernah dicubit pun anak2nya. apa yang dipentingkan adalah kesedaran diri kerana itulah kunci mengenali baik buruk diri sendiri tanpa perlu berhukum bersakit. pelajaran amat penting katanya pada anak-anak. ilmu tak boleh diwarisi, tapi ditinggalkan pesan buat pedoman untuk mencapai lebih lagi dari apa yang beliau kecapi.

berdarah keturunan Syed dari Palembang, kini hanya menggunakan nama biasa tanpa gelaran sejak beberapa generasi. mewarisi perjuangan persilatan, ilmu agama khususnya usul dan tasawwuf, perubatan islam, serta pertanian.

benar bagai dikata, sebagai seorang suami dan ayah, banyak yang ditelan. banyak yang dikorban tanpa sepatah pun ungkitan. walau banyak cacian, walau banyak makian, walau banyak cubaan2 untuk mencederakan, beliau terima sebagai ujian. hari semakin hari aku mula sedar yang beliau begitu banyak berahsia hal peribadi, risiko yang ditanggung dalam mencari rezeki. bahkan orang yang pernah beliau bantu juga turut sama menganiayanya.

tidak ada apa yang mampu aku berikan, hanya sekeping potret yg pernah basah dengan juraian airmata semasa mengoles lembut lakaran seniku. Terima kasih Ayah.

simpul simpulan bahasa sanskrit: Semoga sempat menanti ketibaan pewarismu.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

terima kasih sudi komen.. sudikan diri untuk follow saya dan tinggalkan link blog anda di sini. (^__^)v