yusufyaacub/panca-4dimensi: April 2011 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Tuesday, April 12, 2011

hukum melukis makhluk bernyawa

salam sahabat buat skalian~
ni bkn kempen ye, aku saja lukis. haha!

berdirinya saya di sini adalah untuk memberikan sesuatu huraian penting tentang hukum melukis makhluk bernyawa menurut Islam.. baik, kat sini ada macam2 pendapat orang keluarkan untuk mengatakan dia lah yang paling betul.. geng2 pelukis ni semua dihukum haram bila melukis makhluk bernyawa.. adeh..... meh tengok dan dengar video ni baik2. inilah huraian terjelas dan x memberati mana2 kekhilafan ulama terdahulu sehingga sekarang.


pendek cerita, kepada sesiapa yang nak berkeras kata melukis makhluk bernyawa adalah haram, SILAKAN...kerana xsalah..tp anda juga wajib MENGHARAMKAN FOTOGRAFI, VIDEO dan segala macam kaedah yang menampakkan imej atau meniru penciptaan makhluk Allah. anda juga tidak pula layak mengatakan "orang yang lukis makhluk bernyawa, akan disoal dan disiksa di akhirat". kerana apa? kerana kekhilafan..... jadi, andai anda berpemikiran demikian, anda x bolehla nak diskriminasi kononnya melukis saja haram, yang lain semua tak haram. ha, sekarang pikir elok2 dan pilih baik2!

simpul simpulan bahasa sanskrit: jangan cepat menghukum andai ilmu hanya sekelumit di hujung jarum.

Monday, April 4, 2011

WARDEN BUNUH MURID

salam sahabat buat skalian~

ZIARAH... guru serta kenalan keluarga mengusung jenazah Saiful di Masjid Ar-Rahman di Jejawi Dalam, Kangar.

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.
Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.
Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.