yusufyaacub/panca-4dimensi: May 2011 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, May 22, 2011

Secret Recipe Tak Selamat Untuk Umat Islam

salam sahabat buat skalian~ 

alamak...tadi ada heboh kat FB daripada kawan2 aku. kononnya si SR yang digilai ramai ni ada problem dengan kandungan dalam produk diorang. ahaaa.... cerita dia gini ha, satu company iaitu PURATOS MALAYSIA telah mengeluarkan produk bahan bagi kek iaitu WHOLE EGG POWDER DAN WHOLE MILK POWDER yang mengandungi DNA BABI!
kedua dua ramuan ni plak digunapakai oleh syarikat SECRET RECIPE MALAYSIA untuk membuat kek! ya, kek yang lembut dan gebu yang korang selalu makan tu.... jadi, JAKIM telah menarik balik sijil HALAL dari syarikat puratos pada 12. mei 2011.

ini adalah laman wen syarikat puratos :- http://www.puratos.com.my/
ini pulak laman web JAKIM sebagai bukti penarikan sijil :- http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110512163507&type=NEW

walaubagaimanapun, syarikat SR tak ditarik sijil HALAL nya kerana penggunaan bahan tadi itu hanya ada dalam beberapa produk SR sahaja. Tetapi, adakah ianya benar2 ada dalam 2 produk secret recipe ini sahaja? okeh, ni adalah dua produk SR (TALENTO BROWNIES CONCENTRATE, TALENTO CAKE CONCENTRATE) yang ada  2 jnis bahan dari puratos tadi. lihat pada number 8 dan 9(klik sini)


seingat aku, aku hanya pernah pergi makan kat SR cuma 2 kali saja sepanjang penubuhan SR. tapi aku x pernah beli atau makan kek dari SR. biasala, orang kampung...mana nak mentekedarah kt tempat2 "exclusive" mcm orang bandar... kalo ada yang nak blanja nanti, bole jgak. tapi tunggu Halal 100% kat SR tu. nak kata aku tipu, sukati koranglah.. sebab aku lagi suka beli kek kat kedai kek CHIA LEE di Alor Star. tukang buat kek dia, semua Islam dan xda was2. selagi anda belum hilang rasa was2 dalam diri, selagi itu ianya haram. walaupun sijil HALAL telah diberikan semula. jadi, pikirlah apa yang nak buat yer...
simpul simpulan bahasa sanskrit: terhindar dari sesuatu yang x pasti.. moga DIA pulang dgn selamat. ;( huuuuhuuuu~

Kakak Maut Kejar Peragut - Ulasan

salam sahabat buat skalian~

PADANG BESAR – Tindakan berani Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, mengejar penjenayah bermotosikal yang cuba merentap rantai leher adiknya ketika mereka menunggang motosikal berakhir dengan gadis itu maut digilis sebuah kereta di Kilometer 10, Jalan Kaki Bukit, Beseri dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, Yasmin terkorban apabila digilis kereta Proton Gen 2 yang datang dari arah belakang.
Mangsa sebelum itu terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya selepas motosikalnya berselisih dengan sebuah Toyota Unser yang dipandu dari arah bertentangan.
Tragedi ngeri itu disaksikan oleh adiknya, Nur Syaza Norah, 15, yang hanya cedera ringan dalam kejadian itu.
Kedua-dua beradik itu belajar di Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan di sini.
Sebelum kejadian, Yasmin yang menunggang motosikal Suzuki Smash bersama Norah keluar dari rumah untuk melihat telefon bimbit di Beseri.
Dalam perjalanan tersebut, mereka didatangi seorang lelaki menunggang motosikal Modenas Kriss yang bertanyakan sesuatu sebelum tiba-tiba rantai leher perak dan kristal yang dipakai Norah cuba diragut.
“Suspek bertanyakan terdapat apa-apa program di Timah Tasoh sebelum lelaki itu terus sentap rantai leher saya.
“Namun lelaki itu gagal menarik rantai leher saya,” kata Norah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Keteri di sini semalam.
Ekoran itu, Norah berkata, kakaknya yang berang dengan tindakan lelaki itu terus memecut mengejar motosikal yang ditunggangi suspek bagi mendapatkan nombor pendaftaran motosikal suspek.
ulasan AKU:
Yaaa.....meragut itu salah... x kira dari sudut undang-undang mahupun dalam agama Islam. yaaa.....memang kebanyakkan peragut adalah dari golongan LELAKI.... yaaaaa....lelaki memang selalu terlibat dgn jenayah... yaaaa....yaaaa....dan yaaaaaaa lagi! TAPI~~
1. adakah anda tahu bahawa apa yang menyebabkan seseorang meragut? mungkin tekanan hidup, mungkin terlibat dengan dadah, mungkin suka suka, ATAU MUNGKIN JUGA PELUANG SENTIASA ADA DI DEPAN MATA??
2. adakah anda tahu peragut hanya akan meragut apabila terdapat peluang yang paling tidak mendatangkan risiko padanya. contoh, bawa handbag di sisi, pakai barang kemas yang mendedahkan.
3. adakah anda tahu peragut juga seorang yang penakut? ya la, kalo dia berani dia dah buat keja merompak. meragut ni adalah NAMPAK-AMBIK-LARI.
okeh2, hal kat sini mudah saja.. kenapa kita nak salahkan lelaki bila banyak peragut terdiri dari lelaki? x adil bagitu... Allah dah firman bahawa SYAITAN ITU TERDIRI DARIPADA SYAITAN JIN DAN SYAITAN MANUSIA. sekali lagi, MANUSIAaaaa..... jadi bila dah dibagi tahu adanya anasir ini, apa yang anda lakukan UNTUK MELINDUNGI DIRI? deyyy....manusia ni suka sangat tanya kenapa orang ni jahat sangat a? kenapa orang itu dengki sangat a? Ya Allah..........kan dah cakap tadi, ADANYA SYAITAN MANUSIA.
jadi mulalah bertanya APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN UNTUK MELINDUNGI DIRI? opss....xsempat aku nak jawab, Allah dah jawab pon dalam al Quran. Allah suruh tutup aurat.... Yaa....memang Allah bagi kebenaran untuk wanita berhias dengan memakai barang kemas... tapi ada syaratnya. bila menutup aurat pon ada syratnya kan? so ape kaitan dua ni?
jom kita tengok balik situasi peragut ni. andaikata AKU ADALAH PERAGUT. aku ronda sana sini cari mangsa kan? kalo aku nak cari mangsa, ADAKAH AKU AKAN PEGI SELAK TUDUNG PEMPUAN SORANG DEMI SORANG untuk tengok ade rantai ke x? ih2....agak bodoh di situ. jadi, baik aku AIM DARI JAUH JE. kalo dah aku aim dari jauh, mestilah aku aim rantai yang mudah nak nampak kan? so, agak2 korang, RANTAI YANG MUDAH KELIHATAN BILA BERTUDUNG ATAU TIDAK BERTUDUNG? op kos la TAK BERTUDUNG YE TAKKKK???
inilah yang aku katakan tadi, terjemahan surah an-nur ayat 31 “Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.”. jelas?? aku bukan cakap kosong, TUTUP AURAT DAN JANGAN MEMPERLIHATKAN HIASAN PADA YANG BUKAN MUHRIM.
aku x katalah arwah dan adiknya ni x bertudung sebab aku pon x tengok diorang. tapi kita ada akal kan? semua bleh pikir kan? balik kepada persoalan seterusnya, ADAKAH KITA NAK SALAHKAN PERAGUT 100%? ya, boleh, atas kesalahan meragut. ADAKAH KITA NAK SALAHKAN SI MANGSA YANG TAK MENURUT SURUHAN ALLAH DALAM SURAH AN-NUR AYAT 31? terpulang pada anda sendiri.
kita bukan penghukum...kita bukan peletak dosa dan pahala. tapi kita boleh ubah nasib diri sendiri berpandukan ajaran yang dah sekian lama bertapak di muka bumi. PILIH UNTUK UBAH DIRI DARI PILIH MENYALAHKAN ORANG. yang penting jadikan iktibar. AL-FATIHAH...

simpul simpulan bahasa sanskrit: petang tadi aku p beli tiket kat alor star, lewat seminit dua je dari viva eksiden. kalo awal sikit, maybe bedebamm skali.

Friday, May 20, 2011

Rindu Nak Masak :'(

salam sahabat buat skalian~
rindu gila aku nak masak. boleh kira lama jugak la aku x petik suis periuk nasi, oven, blender dan segala bagai lagi. sibuk itu ini camna nak masak. satu lagi kalau nak masak, kena beli byk barang2. maunya aku makan sorang bila tahun nak abih. aik?? korang herankah aku memasak? dey thambi..... antara chef2 terkenal, majoritinya laki2 taw! teringat ayam yg aku masak ngn si dia..ouch2. hehee...

aku ingat time cuti nanti nak masak char kuey teow lah. nak memantapkan lagi resepi char kuey teow aku tu. walobagaimanapun...bahan2nya tetap rahsia...hiheeee~~

simpul simpulan bahasa sanskrit: i like char kuey teow!

Monday, May 16, 2011

Ustaz, Ustazah, Cikgu, Guru, Teacher

salam sahabat buat skalian~
hari ni hari guru... 16 Mei... pd penduduk malaysia, SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN. 2013 aku jd cikgu. macam malas nak pikir plak. hari paling best adalah hari pencen. kalo aku sempat pencen barula nikmat. sekarang ni kalo aku jumpa cikgu lama aku trutama cikgu skola rendah kat mana2, diorg mesti bahasakan diri diorg "akak", "abang". sebab diorg tawu aku pon akan jd cikgu nanti. chit poorah, anak diorg pon ada yg sebaya dgn aku. haaaiiiishhh!
zaman tak sekolah tergedik gedik galas beg nak p prasekolah. zaman prasekolah tergedik gedik nak pkai uniform masuk darjah satu. zaman darjah 6, pulun nak dpt 5A kononnya pastu nak masuk skolah menengah. zaman sekolah menengah kejar 8A PMR pastu sibuk si cikgu kauneling busy body suruh masuk skolah lain. zaman nak amik SPM semua gelabah konon nak dapt result baeekkk punyer utk masuk IPT. dah masuk IPT, aku PENAT...bilalah mau abis 5 taun stengah, x sabar nak kerja... bila keja nanti, semua dok tunggu nak pencen plak.
.kalo xsempat pencen, maka tertutuplah buku kiri yg dok tulis aku tampar budak, tarik sideburn, berdiri sambil pegang telinga kawan dan lain2..hahaa!

simpul simpulan bahasa sanskrit: lalalaaaa....mencari hati guru~

Friday, May 6, 2011

POTRET ALMARHUM SULTAN SIR ABDUL HAMID (6 MEI 2011)

salam sahabat buat skalian~
tajuk- Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah Ibni
Al- Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah

teknik- drawing
media- pensil mekanikal 2b+
graphite 4B,6B, charcoal on A4 verge paper
rujukan- foto internet
uhuhuuu.....baru je menyelesaikan skeping potret saiz A4.... aku start buat dari 16 april lagi. tapi x siap2.. macam2 kerja lain yang kena buat. celah mana boleh pegang pensilnya kan.... untuk yang sebelum boleh tengok kat sini. Sultan Abdul Hamid adalah sultan Kedah yang ke 25. dengar-dengar cerita, beliau seorang yang berilmu pengetahuan ugama yang tinggi. selain sultan, beliau jugak adalah seorang ahli kitab yang dikatakan bertaraf wali@ keramat. hurmmm.... korang perasan tak kalau korang pergi kedai makan atau kedai barang melayu, cina, india, mamak, islam atau bukan islam, kebanyakkan mesti ada gantung gambar beliau. kononnya sebagai pelaris perniagaan...(tapi kalo kedai makan korang x sedap, servis macam taik, orang x pergi jugak woi!). 

Sultan ni memerintah sampai tahun 1942. haa..gambar ni diambil tahun tu la kot. tapi aku download dari internet jek.. punya la nostalgik, penat bijik mata aku dok perembang nak lukis. kejang urat retina tau dak? banyak tempat yang langsung tak jelas, jadi aku goreng je la mana yang patut..asal nampak macam betul sudah.. kih2... buat masa ni aku xmau jual potret ni. aku nak frame lawa2, simpan sendiri. kalo ada yang tergedik gedik nak beli nanti, baru aku jual. hehee..

simpul simpulan bahasa sanskrit: kalo tunjuk kat ayah aku ni, konpem dia nak.. huhuu...(shhh...simpan2...)
salam sahabat buat skalian~
selasa lepas, aku baru je siapkan pasport aku nih. isi borang sikit, gambar 2 keping. elok aku tanya je gambar aku tu bole terima ke tak, memandai je pegawai yang jaga kaunter tetamu tu cakap xboleh. aku suruh dia p tanya kat dalam, rupanya ada mesin otomatik khas untuk ukur gambar pasport tu. yang best tu, mesin terima pulak. HAHAHA! lama jugakla duk tunggu kat pejabat tu, dekat 2 jam baru selesai. cepat pulak, rupanya dah memang sistem sekarang dipercepatkan. satu passport satu jam. aku tunggu 2 jam sebab tunggu giliran.

macam penjenayah plak muka aku.haha
aku wat pasport ni sebab nak p indonesia 4-9 jun ni.. jalan2 dgn kawan2 n lecturer2.. xda la tour satu indon tu, cari mampoih.... kami p area jakarta dan bandung je.. aku punya niat, nak g beli keris n shopping baju sikit.. pastu amik gambar banyak2.. lecturer aku cakap nak p lepak area pasar seni.. perghh!!! itu memang baguihhh.. nak bawak satu sketchbook lah.. hehee.. untuk jangka masa panjang, maybe akan bnyak cop indon dan singapore dalam pasport aku ni...

simpul simpulan bahasa sanskrit: nak jalan dgn DIA...

Thursday, May 5, 2011

kerja kursus PSV 3109 sem 5 (entry tergendala)

salam sahabat buat skalian~
penat dok pi mai pi mai kat umah kawan aku, cari idea nak goreng apa kat lecturer aku nih. last2, dapat satu idea, tajuk psal satu group pelukis nih. diorang ni dok kat JB nun. aku kat Perlis. huiii....payah wooo, nasib baik dia ada blog. so, aku mintakla kat dia untuk sedut gambar2 dan video utk diolah. tak payah byar tiket bas mahal2, kos tempat tidor, makan smua. pakai tenet jek. hahaa.. cerdik x aku?

serius aku x pandai pakai power director. dan punyalah malas nak blajar guna benda nih sebab asyik "hang" ja laptop aku. berat siyooooot. tapi dia punya efek agak gempakla.. sebenarnya tugasan aku merangkumi beberapa kerja lain antaranya:
1. poster
2.brosur (dalam)

brosur (luar)
3. cover dvd box

4. dvd print
5. video korporat

walopon aku hentam kromo je time wat video ni, tapi lecturer aku suka sebab ada kelainan sikit dari video kawan2 aku yang lain. adoii....aku pon x sangka. keh3...
pasni bolela wat video utk silat ka, pribadi ka...hik2
ANYWAY, TENKIU GENG CAKA!
simpul simpulan bahasa sanskrit: sem depan drawing. uhhh, i like~~

sultan abdul hamid in progress

salam sahabat buat skalian~
hurm..rasa mcm kureng ckit soul dlm 2 3 arini. semalam dikejutkan dgn berita kematian ibu GF aku.. aku pon x sempat jumpa, baru pnah ckp skali je dlm tepon. masa tu aku cakap nak g jumpa dia kat sana. apakan daya, xdapat jumpa.. tapi nanti tetap g jgak.
time2 gini, biasanya sensitiviti aku pd tahap optimum. ye la, nak g tngok jenazah pon xdapat, apa bley buat. jadi aku alihkan kat drawing yang x siap2 ni. aku sambung lukis muka sultan abdul hamid. bila ntah nak siap.....
   


lakaran awal= cam xbtol ckit

dah di adjust

sikit je lagi......hummm


simpul simpulan bahasa sanskrit: baru siap wat pasport, berangan nanti nak g indon selalu . ;(

Tuesday, May 3, 2011

Hadiah Praktikum 1

salam sahabat buat skalian~
bermula sejak 21 mac hingga 15 april 2011, aku telah menamatkan praktikum 1 dengan jayanya.. punyalah sibuk, maklumla makhluk pulun x pernah praktikum.. pasni mayb aku mlas ckit kot. haha... ole sebab aku x taw nk bagi apa kt skolah sbg hadiah, aku pon bagila painting abstrak ni...


aku buat atas panel lebih masa beli dulu.. pastu frame simple2.. agakla, korang bole nampak x apa yg ada dalam catan ni? :)
dari kiri, GB puan latipah-aku-en rosly
simpul simpulan bahasa sanskrit: SK SIPUTEH KODIANG KEDAH, HERE I COMES!

Hukum Akal, Adat dan Syariat Dalam Persilatan

salam sahabat buat skalian~

Sesuatu yang berkehendak kepada dicuba- cuba makhluk ialah HUKUM ADAT. walau berapa ribu kali dicuba sekalipun, kesannya tetap sama. contohnya, AIR MEMBASAHI TANAH dan API MEMBAKAR BARANG. begitu juga dengan persilatan.

     persilatan melayu menggabungkan teknik serangan dan belaan diri yang unik berbanding seni beladiri lain. walaupun kadang-kadang ia hampir serupa tetapi tetap mempunyai gaya yang berbeza. inilah yang memberikan variasi menarik dalam dunia persilatan Melayu. bila dikatakan seni beladiri, sudah pasti kita akan terus membayangkan penggunaan tubuh badan yakni semua anggota fizikal. segala kaedah dan teknik yang dipraktikkan ataupun direkacipta pada awalnya adalah berdasarkan CUBAAN yang banyak. CUBAAN CUBAAN ini dilakukan sebagai usaha kajian awal tentang keberkesanan kaedah belaan mahupun serangan. contohnya, sekiranya seorang mangsa diserang, beliau dapat mengelak ke arah mana, kedudukan badannya di mana ataupun serangan balas yang bagaimana perlu dibuat. setiap kaedah itu mestilah kukuh dan mempunyai KESAN ke atas si mangsa mahupun penyerang.

     jadi, satu kaedah CUBAAN yang berjaya telah dipraktikkan. andainya elakkan dan serangan itu berKESAN sehingga membawa sesuatu keputusan yang diharapkan, maka tepatlah apa yang dipraktikkan itu. di sini, kita dapat melihat konsep HUKUM ADAT digunapakai:- 

1. si perekacipta kaedah belaan dan serangan ini melakukan banyak CUBAAN
2. kesan ke atas yang dicuba tetap sama

     saya berikan satu situasi, "A menumbuk B di muka dengan kuat". kita dapati, TUMBUKAN DAPAT MENCEDERAKAN. ini adalah pada ADAT, amat sukar untuk kita lihat bahawa tumbukan yang kuat pada muka tak dapat memberikan kecederaan. yang menetapkan TUMBUKAN ITU MENCEDERAKAN BUKAN AKAL TAPI ADAT serta BUKAN SYARAK. pernahkah kita jumpa dalam Al- Quran atau hadis, nas yang mengatakan bahawa TUMBUKAN ITU WAJIB MENCEDERAKAN? tidak bukan? jadi tiada hukum yang menyatakannya WAJIB berlaku sedemikian. tetapi apa yang kita dapati dalam SYARIAT, tiap satu yang ada ini TIDAK BOLEH MEMBERI BEKAS MELAINKAN ALLAH S.W.T.

     pada SYARIAT, TUMBUKAN TIDAK BOLEH MEMBERI KESAN KECEDERAAN kalau tidak dengan IZIN ALLAH. jadi, tumbukan itu hanyalah sebagai PENYEBAB SAHAJA. iaitu, sebab cedera itu adalah kerana tumbukan yang kuat. sudah demikian Allah jadikan sesuatu itu mesti ada sebabnya.

    tetapi pada adatnya, tumbukan itu pasti mencederakan. bukan WAJIB TAPI PASTI pada adatnya. kalaulah AKAL yang menetapkan bahawa tumbukan itu mencederakan, tentulah dapat disalahkan kerana dalam sejarah, bukan ditumbuk, tapi NABI IBRAHIM DILONTAR DALAM API PUN TIDAK HANGUS. jadi perkara yang sepatutnya membawa kesan mudarat tidak berlaku dan tidak diterima AKAL.

     pada zaman ini pula kita dapat melihat TUMBUKAN TIDAK DAPAT MEMBERI KECEDERAAN pada penipuan syaitan contohnya ilmu kebal. dengan ini menunjukkan BUKAN TUMBUKAN memberi BEKAS@ KESAN tetapi ADAT yang telah menetapkan bahawa TUMBUKAN PASTI MEMBERI KECEDERAAN. jadi ia diterima menjadi kebiasaan manusia.

     dengan meneliti KEBIASAAN para manusia inilah, pelbagai kaedah dan perguruan-perguruan silat telah ditubuhkan. masing-masing mempunyai kelainan tersendiri. justeru itu saya dapat simpulkan di sini bahawa kita mestilah SENTIASA memegang bahawa hanya ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBERI BEKAS, PERLAKUAN KITA HANYALAH PENYEBAB. maka segala kaedah dan serangan balas yang kita bangga banggakan kononnya dapat menewaskan segala bentuk serangan adalah SIA-SIA. jadi jagalah NIAT KITA, QOLBU KITA, IKKTIKAD KITA, TAUHID KITA, TUTUR KITA agar terlepas dari segala peringkat KESYIRIKKAN.

simpul simpulan bahasa sanskrit: ada tiada, tiada ada. hanyalah Allah Taala.

Monday, May 2, 2011

Bukan Sekadar Seni Mempertahankan Diri

salam sahabat buat skalian~
SILAT merupakan salah satu seni mempertahankan diri MELAYU yang cukup terkenal sejak berzaman. adapun silat yang dikenali kebanyakan orang adalah dari pelbagai nama, hakikat pada umumnya, orang ramai dapat mengenali silat berdasarkan:
1. kuda-kuda


2. kaedah serangan


3. kaedah belaan


4. amalan kerohanian/kebatinan



5. pakaian


6.seni tari

     Percaya atau tidak, pengecaman yang terjelas bagi mengenali silat berbanding seni beladiri lain adalah pada seni tarinya. ini kerana keunikan seni silat terletak pada seni tari yang adakala "lembut", adakala "keras.". bercakap tentang keunikan ini, banyak pendapat dikeluarkan secara peribadi sebagai satu bentuk untuk menjatuhkan, atau menyerang secara psikologi pada kelompok silat yang mengamalkan seni tari masing-masing. disebaliknya tersembunyi tujuan buruk yang dilapis oleh hujah-hujah "sedap didengar" agar menimbulkan beberapa bentuk keraguan tertentu dalam pemikiran masyarakat. padahal mereka tidak mengerti bahawa sikap sebenar pesilat adalah menyembunyikan kaedah2 serangan mahupun belaan dalam seni tari. apabila seni tari diersembahkan, ia bukanlah sekadar gerakan bersambung sambungan seperti tarian zapin, tapi mempunyai "isi" yakni kaedah serangan dan belaan dalam gerakan yang cantik. itulah yang dinamakan "SENI JURUS DALAM TARI".

     hal-hal ini sering berlaku sejak berzaman dulu. tapi dalam satu bentuk berbeza yang lebih kepada ujian kepada satu perguruan dengan perguruan yang lain. contoh yang boleh saya berikan adalah seperti  PERGURUAN A ingin mencuba ilmu persilatan PERGURUAN B yang baru sahaja ditubuhkan dalam sesebuah kampung. maka, pelbagai kenyataan buruk dikeluarkan oleh PERGURUAN A mengenai PERGURUAN B. sudah menjadi kelaziman sekiranya sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh orang berstatus tinggi seperti guru silat mahupun orang kanannya, berita itu amat cepat tersebar di kalangan masyarakat.

     maka, dengan ini menjadilah satu bentuk serangan psikologi terhadap PERGURUAN B. tidak cukup dengan itu, mungkin juga disertakan dengan serangan2 mistik terlebih dahulu. "PANTANG UNDUR SEBELUM MATI", mungkin inilah yang dipegang oleh pesilat2 dahulu. mereka membuat satu serangan balas dan akhirnya konflik berlaku. tatkala ini, penyelesaiannya hanyalah satu iaitu selesaikannya di gelanggang.

      PERGURUAN A BERTEMU PERGURUAN B, apa sahaja yang berlaku di gelanggang hanya akan tamat di gelanggang, sekiranya PERGURUAN B dapat mengalahkan PERGURUAN A ataupun memberi tentangan yang hebat, maka PERGURUAN B diiktiraf sebagai perguruan yang kukuh dan mantap.

      kita lihat disini, umpama terdapat satu sifat buruk yang dipegang oleh pesilat2 zaman dahulu tetapi, cuba kita lihat dari sudut sebenar. perang psikologi, serangan mistik dan pertempuran di gelanggang hanyalah satu bentuk ujian dari satu perguruan lama dengan satu perguruan baru. ini adalah perlu kerana kita dapat mengetahui samada perguruan baru itu ditubuhkan atas motif kepentingan peribadi mahupun ikhlas menyebar ilmu. lihat pula pada prinsip ini, "APA YANG TERJADI DALAM GELANGGANG, BIAR TAMAT DALAM GELANGGANG". bermakna, sekiranya kedua dua perguruan beradu dalam gelanggang, keputusan dan segala konflik sebelum ini akan ditamatkan di dalamnya. segala sengketa tidak akan berulang bahkan perlu berbaik baik sesama mereka.

      kita lihat pula trend persilatan hari ini, amat banyak kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh ahli2 mana2 perguruan yang dengan yakinnya menyatakan merekalah yang terbaik, merekalah yang lebih islamik, merekalah yang lebih kukuh kaedah berbanding semua seni beladiri yang ada di dunia. hakikatnya, mereka lupa sejarah, mereka lupa adab, mereka lupa mengenali motif perjuangan sebenar seni beladiri melayu! apakah mereka ini berani membuktikan kenyataan mereka di dalam gelanggang?
   
      tidak mengapa mengatakan perguruan kita ini bagus, kaedah kita ini mantap...kerana setiap seni beladiri itu ada keunikan masing masing dan ia dianggap sebagai satu usaha mempromosi perguruan. tapi apakah beradab jika kita mengatakan perguruan kita ini lebih bagi dari semua perguruan yang ada di dunia? adakah beradab mengatakan kaedah kita ini lebih mantap dari semua perguruan lain di dunia? penghinaan berlaku dengan jelas bila sesebuah demo atau pertunjukkan oleh sesebuah perguruan silat dimasukkan karakter2 bergaya seperti dari taekwando, wushu, silambam dan lain2 sebagai penyerang. kemudian kita menggunakan kaedah dari perguruan kita untuk mematahkan serangan mereka? untuk apa?? untuk memperlihatkan kononnya kaedah kita ini lebih praktikal dan mampu mematahkan segala jenis gaya seni beldiri lain? bagi saya, saya tidak lihat ini sebagai satu bentuk promosi bersih tapi ini merupakan satu PENGHINAAN BESAR DALAM DUNIA SENI BELA DIRI.
     
     tidak perlulah bercakap tinggi melangit, kerana terlalu tinggi itu menyebabkan kita sesak nafas.... kalau semput nanti, sukar nak balas.... saya bukanlah suka membuat provokasi tapi adatlah seni beladiri, BUKAN SEKADAR MEMBELA FIZIKAL DAN ROHANI, TAPI MEMBELA MARUAH DAN PERJUANGAN KAMI.

simpul simpulan bahasa sanskrit: SAYA BERSYUKUR KERANA TERHINDAR DARI BENTUK KESYIRIKKAN DAN KEUJUBAN BILA DI SAMPING PERSATUAN PENCAK SILAT SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG MALAYSIA, AMIN..