yusufyaacub/panca-4dimensi: July 2011 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Friday, July 29, 2011

SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! bahagian 3

salam sahabat buat skalian~

masih ingat pada SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! BAHAGIAN 1 DAN 2?
HAAA...ni kita basuk bahagian 3 plak. istilah2 kali ni lebih dasyat dan memutarbelitkan urat2 halus lidah anda. heheeeee....

kutei = cubit
qetu = cubit bertubi2
keqap = kibar
puruih = lidi
dongga = rambut jarang/ dahi luas
pelehong/pelehang = terdedah/ terbuka
kucai = kacau/ gaul
jengoi = muncul
punggai = lontar/ tuju
tenggalong = baling
tempih = tempias
qelai = hancur
belah = potong/ langgar
seluloi = selalu/ kerap
sakan = perbuatan berlebihan
tempit = tengking
jeqekah = sergah
teqebe = lastik
kelolo = lucu
chom = muka masam
mandom = pemalas/ lambat gerak geri
lunyai = keadaaan lembik atau kesan tindihan sesuatu pada rumput dan lain2
hayai = perasa yang berlebihan
pepak = kunyah
hawin = membaling objek dari belakang ke depan
takek = kerat guna parang
gu = kawan/ pasangan
heqot = tak selari

simpul simpulan bahasa sanskrit: aku pon dah pening nak translate makna dia.. T__T

Wednesday, July 27, 2011

SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! Bahagian 2

salam sahabat buat skalian~
Allah selamat sultan mahkota....... :)
orait..ingat lagi x entry dulu? ni haa.. yg tajuk SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! Bahagian 1.
kali ni aku buat bahagian 2 plak. ahaa...banyak plak istilah2 lama yang aku sendiri pon dah jarang guna kalo hampa nak taw. tapi ingat lagi...mana bleh lupa... orang kedah hat lupa ni jenih orang yang lupa daratan ja. jenih bajet membajet konon..kah3~ mai kawan2 ku yg sempoi...kita peringat balik noh..


qembiang = bawa banyak barang di tangan
kilek = bawa barang di tepi seperti beg tangan
merap = mengada-ngada
qenjong = tinggi
tokua = tauhu
cop besi = besi pengumpil
karan = elektrik
loqat = nazak/ tak sabar
benak = dungu/ bodoh
tak sangga = tak terhingga
qabat = panjat
gagau = meraba ke dalam sesuatu
kasut = selipar/sandal
kasut seqelom = khusus untuk kasut bertutup
belengaih = melekit
kepak = patahkan
kona = belok/ selekoh
pedai ayam = pengunci mangga
toi = perbuatan mengangkat sesuatu ke atas
daih = perbuatan menjatuhkan sesorang dengan menyangga pada kakinya
camca = sudu
depa = mereka
hampa = kamu
qeyau = menangis
qenyih = senyum lebar
qisin = senyum simpul
melugai = loya
kopek = beg duit
mengkelan = terlekat sesuatu semasa makan@ minum
hanggau = mancapai sesuatu
haqin = hancing
mangkaq = buah dipetik sebelum masak tapi diperam

x salah nak cakap luar...tapi bila dah jumpa kawan2 sekampung, dulu dok mandi sungai, teqebe burung skali xkan nak wat cakap luaq lagi kot... mau nak kena luku la tu.


simpul simpulan bahasa sanskrit: lemaih aku kat orang2 dok bajet nih.. :p

Sunday, July 24, 2011

SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! Bahagian 1

salam sahabat buat skalian~

yeah... anda ingin belajaq bahasa kedah? walaupun ia tidak akan tersenarai dalam paper SPM, tapi bahasa kedah amat berguna(bagi yg rasa gitu). hahaaa.... kat sini aku cuma akan letak istilah2 yang pelik2 saja contoh: nyioq= kelapa. aku xkan letak bunyi dialek atau loghat contoh: kotoq= kotor.
orang luaq slalu cakap bahasa kedah ni kasaq! bunyi macam nak marah kat orang dan bla3... byk lagi. tapi orang2 lagutu xreti.. depa cakap lagutu pasai depa perasan bahasa negeri depa cukup lembut dan sopan santun. puak yang dok perasan baguih laguni hampa qasa elok ka? dok berprasangka buruk kat orang laen tp prasan baguih untuk diri sendri. masok bakoi angkat sendri lah depa nih!!
hahahaaaa..sapa prangai gitu biaq trasa panaih nohh... memangla x semua, tapi ADA~~~


cokia= kualiti rendah
belemoih= comot/kotor
huih= haus
kebuloq= kebuluran
kedaqah= makan
kelapaq= tak ingin/ tak minat
lagu tu= macam tu
lagu ni= macam ni
pi= pergi
mai= datang
tomoih= tersembam
seneqih= bergesel
sigong= menyiku
gena= bagaimana
loqlaq= tak senonoh
keleboq= selut
kemarin= semalam
kemarin dulu= 2 hari lepas
geqek= basikal
celuih= muat
ciwi= terlalu minat dengan sesuatu
kawaq= pencuri/ perompak
pedo= fokus
qemot= berkedut
cengkoi= tak lurus
dan= sempat
timba= baldi

kita jumpa untuk bahagian 2 nanti.. heheee


simpul simpulan bahasa sanskrit: dah buat video ibu gayong, model p salah tunjuk buat plak. kena wat len plak. aku dah qeja banyak, buang karan betoi.

Saturday, July 23, 2011

KAWASAKI NINJA 250R SE

salam sahabat buat skalian~
orait kengkawan.... kawasaki ninja 250r andalah antara motor yang aku minat seangkatan dengan naza blade 250r dan honda cbr250r. tapi, ninja ni masih lagi ada di senarai paling atas aku. heheee.... oke, masa aku bawak budak skolah aku pi larian Sinar Run di Jerlun Kedah, ada satu karnival usahawan kat situ. aku pon ronda2 dan nampak satu booth motor kawa ni. apa lagi, macam magnet kena tarik pi situ. hoohoooo...

ada satu special promotion untuk ninja 250r special edition nih. promotion start dari 1 april 2011- 31 ogos 2011. lama dah startnya.. orait, ada beberapa ciri yang best untuk kawasaki ninja 250r SE ni. meh tengok:

ni yang x tahan. muffler arrow kmsb pro dari Itali!

tank protector yg smart

stripes dan cat lain sikit.

alamak harga dia! banyak beza ngn yang bukan SE tuh.

simpul simpulan bahasa sanskrit: keja nanti...motor dulu ke kreta dulu???? hurmmm~

MODENAS CTric

salam sahabat buat skalian~
TAHNIAH! modenas selaku pengeluar motosikal pertama negara telah mncapai satu lagi kejayaan baru iaitu pengeluaran motosikal berkuasa elektrik pertama tempatan. model terbaru ini dihasilkan menggunakan model asal iaitu modenas CT 110.
era teknologi hijau telah berjaya diadaptasikan oleh pihak modenas buat pertama kalinya. baik, di sini eloklah aku buat sedikit riview khas berkenaan model ini iaitu MODENAS CTRIC.
body asal dr model CT110

suis di kanan dan port charging di kiri

speedometer/ mileage/ speed counters/ indicator minyak diganti dengan kuasa bateri

enjin sebelah kiri- ada safety sensor

enjin sebelah kanan

kedudukan bateri- 5 unit nano gel battery

kedudukan bateri- nano gel battery

pandangan belakang- takda ekzos :)

intelligent charger khas
berikut merupakan video demo: 

berikut merupakan spesifikasi teknikal/ technical specifications CTric:

chasis                        : steel pipe backbone
overall L x W x M     : 1930 x 725 x 1065 mm
wheel base                : 1225 mm
dry mass                   :  114 kg
traction motor type    : brushless DC motor
rate power                : 1.0 kW
max power                : 3.6 kW @ 70km/h
speed control system : pulse width modulation
hall sensor                 : honeywell
transmission               : fully automatic/ gearless
drive system               : chain
final drive ratio            : 4.20
tyre size                      : front 70/90 - H17 38P
                                  : rear 80/90 - H17 44P
batteries
   type                         : lead acid, nano gel
   capacity                   : 1200Wh (5unit)
   voltage                     : 60V 20Ah @ 2 hours rate
   charger                     : intelligent charger input 240V (50/60Hz), output 60V DC
   charging time(normal): 8 hours
   charging time(fast)     : 3.5 hours
   discharging cycles      : 500 cycles
   estimated life              : 2.5 years@ 300000km

HARGA SEKITAR RM 47++. :)

tapi kalau dapat yg CT biasa, bleh modify jd camnih:



berkira kira nak convert kriss jadi CT camni. :p
simpul simpulan bahasa sanskrit: ok la tu.. untuk yg first....go malaysia!

Wednesday, July 20, 2011

KHASIAT MADU LEBAH KELULUT

salam sahabat buat skalian~


Surah AL-Nahl ayat 68-69, Allah berfirman:
Maksudnya: “Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah “hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

kelulut di sarang
Allah telah pun menyatakan dalam Al-Quran madu itu sebagai penawar manusia. Madu merupakan hasilan nektar dikumpul oleh lebah daripada debunga yang diangkut beribu ribu kilometer setiap hari. Lebah pula terbahagi kepada banyak spesis. Antaranya ialah lebah KELULUT.

Lebah kelulut tidak mempunyai sengat, bersaiz kecil dan hidup dalam kroni seperti lebah lain. ia bewarna hitam dan sukar kelihatan pada hari2 biasa. sifatnya yang kecil dan pantas menyukarkan dirinya untuk dilihat. oleh sebab kelulut kecil, madu yang dikumpulkan juga mengambil masa yang lama untuk menjadi banyak. oleh kerana itulah madu kelulut lebih mahal berbanding madu lain.

faktor madu ini lebih mahal juga tidak bergantung pada kesukaran mendapatkannya dalam kuantiti banyak, tetapi adalah pada khasiatnya. berikut adalah antara khasiat madu kelulut yang dikenalpasti:


MEMBANTU MENYEMBUHKAN PENYAKIT ASMA
MENGURANGKAN MASALAH RESDUNG
MEMBERI TENAGA
BAIK UNTUK PENYAKIT ARTHRITIS
MENCERDASKAN MINDA
BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG
AWET MUDA
MENGURANGKAN MASALAH PECAH KAKI
MENGHALUSKAN/ MENCERAHKAN KULIT
MENGATASI PELBAGAI MASALAH SAKIT KULIT
MENYERIKAN WAJAH
MENGURANGKAN MASALAH PENYAKIT BUASIR
MENGHILANGKAN MASALAH STRESS/ LETIH

berikut merupakan contoh sarang kelulut. kelulut suka menumpang sarang di tempat tersorok umpama pintu kayu, batang kayu lama..asalkan terlindung.

ini pulak contoh madu kelulut yang dah diproses. aku beli sebotol RM35 di sekolah praktikum aku. harga asal RM 40..tapi biasaa aku ni.. mna bleh beli barang slagi x dapat murah kan... hihiii. ada orang dari Pahang datang jual. ada 2 botol saja masa tu. nasib aku sambar sebotol. warnanya putih cerah kekuningan umpama beige. rasa madu sedikit masam berbanding madu lebah lain. tetapi tetap ada kemanisannya. cara guna plak simple saja, just ambil satu atau 2 sudu makan 2 kali satu hari. 1 kali sehari pon ok gak.. nak campur dgn air suam pon ok. pantangnya, jangan letak dalam peti sejuk sebab dalam peti tu ada macam2, ikan, sayur, buah, sambal belacan... bau2 dan kelembapan hasil campuran wap2 makanan2 tu akan merosakkan khasiat madu lebah ini dan lain2 madu asli. :)

aku beli sebenarnya bukan untuk aku, tapi untuk anak sedara aku yg baru nak cecah umo 2 tahun. bila orang tu datang jual tadi, trus aku tringat kat anak sedara ku yg kiut miut tuh. sebab aku memang dah lama taw madu kelulut mujarab untuk redakan penyakit asma/ lelah. elok beli, trus msg abg aku kat Bangi tanya dia nak x. heheee..

simpul simpulan bahasa sanskrit: nanti Paksu pos kat Nazhan ea... ^_^

Sunday, July 17, 2011

Kedah yang ku Sayang...

Apa habaq semuaa... tuudiaa kemain lama xtulih blog. awat jadi lagu tu? toksah dok tanya la pasaipa... dok zaman mngaji ni xleh wat kira pa satu. sat dia mai qeja laguni, sat dia mai qeja lagutu... xbuat satg, isok2 kena prabeh jgak. xdan weh.....

entry harini memang baguihh punya cerita. cerita dia, aku dah malaih dok kedah. aik2... tajuk kat ataih tu kemain sayang, awat yang jadi malaih plak? haa....ni yang nak habaq bagi ni.....

"mak hang branak kat hang tang mana?" ni aku jawab, area aloq staq laa...nak habaq kampung xpayah la, bukan hampa kenai pon. daqi aku kecik sampai habeh SPM x penah aku keluaq p mengaji jauh2 sampai luaq negeri. dok kelitin men kok area kampung jgak. besala, skolah rendah ngan mnengah 5-10 minit jalan kaki dah sampai. dah tu nak galak p jaoh2 lagi wat apa? mak aku kata pa dulu hampa nak tau? "p ngaji tang mana pon sama ja, kalau hati tu nak mengaji.". sunggoh aihh habaq bagi....... la ni aku dah tpacak kat IPG Kampus Perlih. PERLIH??? woii, kucin aku bersin kat kampung pon bleh dengaq sampai kat maktab ni taw. punya dekat! (hiperbola2)

ni yang aku malaih sbenaqnya...dah lama sangat aku pusin2 area ni. cemuih hampa tau dak? memangla jiwa aku artistik kan, suka benda hat tenang2...rilek2.. tapi weyh, skali skala nak gak p wat pala hangguk tang2 mana ngan member kan. ni alih2 tempat sama....aloq staq tu jgak. dok perlih pon, aloq staq jgak yg p tumpu. isk3..

aku rasa aku nak kluaq dari kedah ni.. memangla orang tua aku ada lagi.. tapi dah depa xmau kluaq, nak jgak dok jaga ayam ngan pokok pisang ngan nangka kat kampung tu nak wat gena. kalau aku dok skali, mati cemuih aku qeja lukih ayam ngan pkok nangka ja.

tapi walau aku nak tinggaikan kedah, janganla hampa kata kedah ni xdak apa. ni aku nak crita pasai tempat tanah tumpah darah aku...................

rokok cap tembak
zaman dulu punyala murah barang dia, tapi bagi tok wan kita rasa mahai tak sangga la. contoh kat sini, haa.. rokok sekerit depa panggey. kira rokok batang la tu. harga masa tu 3 kupang ja sekotak. la ni celah mana nak dapat 3 kupang sekotak? sebatang pon bleh dapat hat puntung ja kot.

kira hebatla sapa yang bleh isap rokok cam kat ataih tu masa dulu... tapi hampa nak tau, kedah ni dasyat dulu.. nak dudok dalam kedah ni, kena mohon jadi rakyat tau. ni bukti dia...
surat rakyat kedah
glamer x glamer aloq staq zaman tu, ada panggung wayang haa... tapi nak p wayang kena la naek bas bandaran dulu.. mai tngok skit tiket bas hat dah pupuih la ni..
aku dan lagi mrasa tiket ni
dah tu, tunggu apa lagi? beli la tiket wayang kan? tiket ni aku pon xtaw zaman bila. lama sangat dah kot...



jadi ni la rupa panggung wayang dulu2.. lani dah jadi pusat billiard ka apa tatau...

crita p wayang ni zaman dulu pon ada aih hat dok kapel2.. jangan dok kata la ja... cuma pesen depa len la sikit kan... bagi hat yang dah kawen p ngan laki bini.. nak habaq pasai kawen plak. kawen kat kedah ni unik.. hampa akan dapat surat nikah tulisan jawi penuh. dari dulu sampai la ni format serupa x tukaq2. aku bagi contoh noh.
surat nikah Kedah
hampa usung la surat nikah ni p mana pon, negri len wat kad. kami dok zaman tok nadoq lagi. apadaa... dulu mana ada city plaza.... dulu Pekan Rabu ja... pastu baru ada hankyu jaya. ni haa..
dah tutup masa aku skolah rendah
sbenaqnya ada lagi lama dari hanyu jaya ni. aloq staq shopping centre nama dia. la ni dah jadi bangunan Kamdar. ni ada gambaq beg barang zaman tu.

pekan rabu lak, dari zaman turun temurun top. tun mahathir pon mniaga pisang kat sana dulu sblom ada bangunan. ni contoh satu..
Kedai Pak Nok Pekan Rabu lani jadi  CAHAYA BARU. anak dia Jalluddin meniaga
bleh jadi dulu ayah aku dok beli kitab kat kedai ni sebelum kitab2 dikawal pengeluaran ole kerajaan.
mahathir plak penah jadi doktot kat klinik maha. ni la MAHA KLINIK zaman doktot qeja dulu.
signboard pon jadila noh..
mahathir ni suka satu jenis popia, nama tokey dia jamal. popia basah, x goreng.. boh kuah plak kat ataih. dia qeja dok beli start dari jamal mniaga kat area mahkamah lama sampaila mahathir jadi PM. dia bayaq tiket, hotel dengan barang skali upah khas utk jamal p wat popia kat function2 rasmi krajaan d KL nun. aku dapat dari sumber yang saheh. sebab aku pon penah makan popia jamal ni kat kedai mamak member aku. sedap woww..


aku nak boh IC mahathir ja, tapi dah semua ada..boh p la noh...
tngokla sapa paling hensem
tu la serba sikit aku dok cari2 dalam tenet ni... dalam kecemuihan dok kedah ni ada lagi kenangan indah kat bangunan2 lama aku penah tengok masa dok merempit area aloq staq. :)



kancut- la ni dah reban renovate baru
hat len plak..ni haaaaa......
la ni 276 taun dah !




balai polis zaman 40an

balai polis zaman 90an

simpul- simpulan bahasa sanskrit: time to move on...wait another 1 year.. :)