yusufyaacub/panca-4dimensi: August 2011 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Tuesday, August 30, 2011

HACK WINDOWS 7 ULTIMATE

salam sahabat buat skalian~

orait...masih berkaitan dgn cerita PC baru aku.. rupanya windows 7 ultimate aku tu trial saja... jadi mestilah memerlukan key kan? aku try la cari kat SMARTSERIALS. tapi xda yg menjadi plak dah.  godek punya godek, aku pon jumpa satu software ni bernama "RemoveWAT". jadi aku download dan try, memang menjadi lah. jadi aku uplode balik software berguna ni kat hosting mediafire aku. maka, selesai masalah. heheheee...
DOWNLOAD:
ACTIVATOR UNTUK WINDOWS 7 ULTIMATE
pass: panca-4dimensi

lepas dah download, right click kat file tu dan "run as administrator". WAJIB buat macamni. jgn main double click saja.akan kluar paparan macamni:

step kedua, klik kat paparan tu pada, "Remove WAT". biar dia running dlm masa 1minit. dan itu saja yang perlu korang buat. paparan kat atas tu akan hilang dgn sendiri bila dah selesai.

step ketiga, check balik dengan ke [control panel-->system and security-->system]. sepatutnya tanda yang suruh activate tu dah xda. mcm dlm gambar ni.
SELESAI!
mudah kan? selamat menjamu selera di 1 Syawal! hahahaaa

simpul simpulan bahasa sanskrit: xkan tengok2 saja kot...... follow la blog woii~

Monday, August 29, 2011

DOWNLOAD ANGRY BIRDS RIO V-1.2.2!

salam sahabat buat skalian~ 
korang pernah main game angry birds? memang menggila btol game ni.... itu version angry birds biasa kan? ini version baru. angry birds gabung dengan watak2 dalam cerita RIO tu. alah... crita animasi pasal burung kat Rio De Janeiro tuh... aku baru saja download file ni dr satu web tuh.. tp hosting file tu macam serabut sikit. jadi aku dah ulode balik file ni ke dalam hosting mediafire aku.
game ni adalah "portable", maka tak perlu install. korang simpan je file tu biar dalam satu folder. nak main t klik application dia tuh. untuk pengetahuan, game ni x full.. jadi disediakan key untuk korang activate full version. simple je... orait.. meh kita tngok sikit apa itu Angry Birds Rio!


KLIK UNTUK DOWNLOAD:

pass: sajasukasuka

CARA CRACK:
1. Cari kat mana folder tu disimpan, right klik dan "extract here". guna winrar atau winzip.
 2. Korang bleh delete folder yang asal dan tinggalkan yang baru diextract tu je. kemudian buka folder baru tu, double klik kat application untuk buka game tu.
 3. jangan lupa buka file "key" mcm yang ada dlm folder tu. rujuk gambar atas. klik kat "activate full version" kemudian taip key kat {step 2: enter the key}.
 4. klik "register", "done"
 5. klik pulak kat gambar burung merah tu, "redeem code". masukkan "key" yang sama. klik "register", "done"

SEDIA UNTUK MAIN! {lain2 settings, korang explore sendri}
DOWNLOAD JUGA ANGRY BIRDS VERSION BIASA:
PAB2011

simpul simpulan bahasa sanskrit: ERIC HIJAU!!

Sunday, August 28, 2011

DOWNLOAD LAGU RAYA KAT SINI!

salam sahabat buat skalian~

kecik2 dulu mesti kita selalu dengar lagu raya kt radio n tv kan? maklumla media elektronik tu je yg kita ada pon.. zaman sekarang ni canggih dah.. ada internet bleh download kan.... jadi aku buat entry ni untuk korang download balik lagu2 lama yang original dinyanyikan oleh penyanyi asal..yang x asal pon adfa..tp still sedap n bley dilayan. ni senarai untuk kedua dua part yang ada.

Part 1 
A Ramlie & Maria Bachok – Malam Tujuh Likur.mp3A. Ramlie – Suara Takbir.mp3Ahmad Jais – Dari Jauh Ku Pohon Maaf.mp3Ahmad Jais – Selamat Hari Raya.mp3Aishah – Pulanglah.mp3Al Jawaher – Selamat Hari Raya.mp3Al Mizan – Selamat Berhari Raya.mp3Ally Noor & Mastura – Jangan Main Mercun.mp3Aman Shah – Kepulangan Anakmu.mp3Anuar Zain & Elina – Suasana Hari Raya.mp3Black Dog Bone – Cahaya Aidilfitri.mp3Dj Dave – Menjelang Hari Raya.mp3Eddynor Ali – Manusia Miskin Kaya.mp3Efa Rizan – Lebaran.mp3Fazidah Joned – Selamat Hari Raya.mp3Ideal Sisters – Hari Raya Hari Bahagia.mp3Indra Shahrir – Selamat Hari Raya.mp3Jalil Hamid – Raya.mp3Jamal Abdillah – Salam Aidilfitri.mp3Junainah – Suasana Riang ( Di Hari Raya).mp3M. Nasir – Satu Hari Di Hari Raya.mp3M. Shariff & Zalifah Ibrahim – Hari Raya.mp3Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda.mp3Noorkumalasari – Di Hari Mulia Ini.mp3Othman Hamzah – Gembira Bersama Di Hari Raya.mp3P. Ramlee – Dendang Perantau.mp3Rafeah Buang – Bila Takbir Bergema.mp3Rafeah Buang – Selamat Hari Raya.mp3Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya.mp3S Jibeng – Menjelang Hari Raya.mp3Jibeng – Musafir Di Hari Raya.mp3Saloma – Manusia Miskin Kaya.mp3Saloma – Selamat Hari Raya.mp3Sanisah Huri – Aidilfitri.mp3Sanisah Huri – Bersabarlah Sayang.mp3Senario – Seminggu Berhari Raya.mp3

Part 2
Sensasi Hari Raya 2008 – 01 – Siti Nurhaliza – Bulan Kedamaian (Lagu Baru).Mp3Sensasi Hari Raya 2008 – 02 – Anuar Zain – Bersabarlah Sayang.Mp3Sensasi Hari Raya 2008 – 03 – Ziana Zain – Hari Mulia Ini.Mp3Sensasi Hari Raya 2008 – 04 – Alif Aziz – Suasana Hari Raya.Mp3Sensasi Hari Raya 2008 – 05 – Dayang Nurfaizah – Selamat Hari Raya.Mp3Sensasi Hari Raya 2008 – 06 – M Nasir – Musafir Di Hari Raya.Mp3Sensasi Hari Raya 2008 – 07 – Diana Naim – Tak Punya Siapa.Mp3Sensasi Hari Raya 2008 – 08 – Aznil – Fajar Di Pagi Raya.Mp3Sensasi Hari Raya 2008 – 09 – Erra Fazira – Mulia.Mp3Sensasi Hari Raya 2008 – 10 – Spider – Rindu Raya.Mp3Sharifah Aini – Suasana Hari Raya.mp3Siti Nurhaliza – Aidilfitri Di Alaf Baru.mp3Siti Nurhaliza – Bila Raya Menjelma.mp3Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran.mp3Siti Nurhaliza – Suara Takbir.mp3Sudirman & Zaleha Hamid – Inang Di Aidilfitri.mp3Sudirman – Balik Kampung.mp3Sudirman – Dari Jauh Ku Mohon Maaf.mp3Sudirman – Selamat Hari Raya.mp3Uji Rashid – Dengan Bismillah.mp3Various Artist – Salam Aidilfitri.mp3Ziana Zain & Awie – Halaman Asmara.mp3Salam Aidilfitri Ayahanda Bonda- Raihan & Hujan.mp3

KLIK UNTUK DOWNLOAD:
lepas habis download semua, cari folder tu dan extract guna winrar atau winzip. maka berdendanglah lagu raya kat rumah korang!
simpul simpulan bahasa sanskrit: lalalalalaaa~

KAD RAYA DAN BORANG PELUKIS MALAYSIA DARI BALAI SENI VISUAL NEGARA

salam sahabat buat skalian~
HAA..KENAPA BALAI SENI VISUAL NEGARA dan bukannya BALAI SENI LUKIS NEGARA?
sebab berkuat kuasa semalam, 27 Ogos 2011, akta balai Seni Lukis Negara 1959 digantikan dengan Akta Balai Seni Visual Negara(BSVN) 2010. rujuk UTUSAN. maka, dengan rasminya penjenamaan semula ni diharap dapat memartabatkan segala usaha pengkarya di malaysia. bagi aku, Visual itu merangkumi segala aspek seni tampak. baik apa saja medium yang digunakan dalam menghasilkan karya. tak kiralah catan, lukisan, grafik, fotografi, arca, multimedia teknologi dan macam2 lagi. jadi nama baru ni melambangkan skop lebih luas. sama macam PENDIDIKAN SENI dulu sudah digantikan dengan PENDIDIKAN SENI VISUAL. walaupun berubah nama, aku percaya memang dari dulu lagi kita memperjuangkan seni dlam segala aspek tanpa diskrimnasi pada setiap cabang. usaha penjenamaan baru ni adalah untuk menonjolkan lagi betapa luasnya bidang ini.

hehe...pada 27 ogos 2011 jugakla aku terima kad raya dari balai seni...ada lukisan arwah Syed Ahmad Jamal kat dalam.. :)

:)
kad raya luar
kad raya dalam, borang kt belakang.. :)
nak melawat laman web rasmi BSVN, sila kelik SINI
simpul simpulan bahasa sanskrit:  nak isi borang..nak isi borang~~

JACKET PERIBADI- CUSTOM EMBROIDE

salam sahabat buat skalian~
masa aku nak pergi amik motor kat perlis semalam, aku dapat call dari brader tokey kedai embroidery ni. JACKET AKU DAH SIAP! yeaahaaa...
jaket murah, klon padang besar perlis
depan
belakang


jadi, alang2 pegi amik moto, amikla jaket sekali. aku bagi design rasmi aku untuk disulam pada jacket aku ni dari hari rabu lagi. sebenarnya dah lama aku cari kedai yang sesuai..tapi hamph.... mana2 aku pegi semua x layan. nak kuantiti banyak la......nak cas untuk block la..... padahal sulam bukan pakai block macam printing. ingat aku bodo ka pa... bayangkan, charge untuk block saja dah 30 lebih, tu blom campur sulam lagi. tapi brader ni nama dia Roslee. dia x charge pon untuk block. dan aku dapat harga embroide depan belakang cuma RM10! jadi aku buatla satu entry ni khas untuk promote kedai dia.
macamni la Melayu meniaga...amik untung jangan lebih2.. baru orang suka kan... pasni nk buat lg lah.. t shirt, jaket...beg...lencana.... wuw!

simpul simpulan bahasa sanskrit: kita jumpa lg lepas raya!

CRACK OFFICE "LANUN" 2010

salam sahabat buat skalian~
Metujuk kepada entry sblom ni, akuada sbjik PC X-5 baru dan sistem dia byk yang blom diinstall. so, aku pon download2 tahap gaban planet nameck utk memudahkan keja2 masa depan aku. antara benda yang aku install:
a. adobe photoshop CS3 extend(amik kat member aku)
- key bole cari kat SMARTSERIAL
b. picassa 3
c. cyberlink power director 8
d. HJ split pro
e. k lite codec pack 7.60 full
f.  free download manager
g. terracopy

tengah2 rakus mendownload, aku pon nak buka la office untuk tengaok balik assignment aku... tiba2! sekali office x install daa.... jadi aku pon search lagi kat tenet dan jumpa microsoft office 2010 professional plus kat link yang perlu bayar! aku bagi kat korang yeeee..... 
Sebelum download keempat empat part ni... pastikan korang buka WINRAR @ WINZIP dan select item .ISO. maknanya korang ablekan file mcm ni utk diextract.
BUKA WINRAR--->OPTIONS--->SETTINGS--->INTEGRATION--->INTERGRATED WINRAR WITH---->select smua yang ada.


pastu korang right klik kat folder yang dah di download tadi dan "extract here". akan wujud satu file nama serupa tapi format .iso. jadi right klik kat file baru tu dan "extract here" lagi. akan wujud banyak file office dan setup2. kumpul semua file yang baru wujud tu dalam satu folder baru. cari application nama "setup" bersaiz 1,075kb dan double klik untuk instal. tunggu sampai habis instal, buka folder office yang korang extract tadi tu dan cari application nama "microsoft office toolkit". jangandouble klik, tapi right klik dan pilih "open". pastu klik kat EZ-activator dan tunggu segala tulisan keluar sampai tamat. kemudian abes.
try bukak sebarang application office yg dah diinstall. tengok ada yang mintak key atau serial x? kalo xda, maknanya berjaya la tu. kalo masih ada, kaorang bleh masukkan mana2 salah satu key yang aku bagi nih. 

pass: sajasukasuka


simpul simpulan bahasa sanskrit: ENJOY!

CERITA LAPTOP JAHANAM

salam sahabat buat skalian~
lamanya x berblogging.......... laptop kesayangan jahanam weh.. sedih tahap gaban nih. nasib baik data xhilang. hardisk dia aku dah cabut pastu beli casing rm15 buat external. banyak berjasa ooo itu laptop... first kan. biasa arr..
dengan baki duit belanja utk semester ni, aku buat kputusan utk beli PC. haaaa...... trus aku contact akak aku sbb dia n abg ipar ada buat company repair n jual pc /laptop n sparepart computer kat Kajang. ya laa... dah kita ada adik bradik, xkan nak tauk duit kat orang lain kot.. kna menyokong bisnes adik bradik la kan..

klik gambar utk ke blog
aku pon mintak dia buat satu PC dgn harga sekian2.. knapa aku x mintak stiap satu brg dgn spesific? sbb aku noob sangat sal PC. kalo laptop ok la ckit. walopon lbey kurang sama, tp macamana serabutnya litar PC tu, macamtulah serabutnya aku utk nk phm kejadah operating dan nma2 tiap benda dlm tuh. aku tau pkai n jaga elok2 sajaaaaa~
masa dia tengah beli barang utk pasang, dia ada ckp nak bagi speaker sonic gear evo 3 pro. aku pon jwb, "ha..bole ja..asalkan speaker." sbenarnya aku xtau pon apa benda jenis spesis speaker tu. hahaaa~

maka bila start cuti raya, dia pon kirim PC tu kat akak aku lg sorang utk bwk balik kat kampung sebab dia xdpt blik braya taun ni. uhuk3.. bukak pintu bilik, suda ada barang berkotak kotak kat penjuru tu. naseb baik akak aku x bagi barang sketol2 utk pasang dlm CPU tu. kalo x, mati kutu tapir aku nak sumbat. takot jd lego plak.
test2 pasang.... skali dia idop daaa...... hehee..
ni la ropa CPU yg sempoi nih...gemuk lebar cikit. aku rasa nak buat piping sistem untuk cooling kat belah dalam ni.
aku paling suka LED 18.5 inci BENQ ni lah. pueh bjik mata nengoknyaaa...

yang ni aku baru kenal bila nampak kotak dlm bilik. sblom ni tataw pon. check kat tenet, rupanya peymes jugak benda nih..

bagi aku, PC baru ni memang puas hati ah.. walopon berabis byk duit, skrg ni nak mkn pon xcukup. janji kerja aku bleh jalan... bkn apa, aku guna komputer untuk on9, wat assignment, edit gambar, wat grafik, n edit video. game2 ni aku malas layan. buat tekanan prasaan sajaaa....

simpul simpulan bahasa sanskrit: money4~~~

Friday, August 19, 2011

A CONVERSATION BETWEEN A STUDENT AND AN ATHEIST PROFESSOR

salam sahabat buat skalian~
aku dah lama cari artikel ni semula. dulu aku ada pernah baca. cukup bagus artikel ni. memanglah dalam bahasa inggeris, tapi boleh je nak paham kan. apa masalahnya kalo amik masa sikit untuk pegang kamus dwi bahasa buat translate perkataan yang korang x paham kan.. jadi aku telah memudahcarakan dengan buat satu video beserta translation Bahasa Melayu untuk semua. enjoy baca dan klik "SHARE" dan "LIKE" untuk sebarkan!
...............................................................................................................................................................................................................................

Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan :
Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

"Menurut perkara 11(4) perlembagaan menyatakan undang-undang boleh digubal badan perundangan negeri dan parlimen bagi Wilayah Persekutuan untuk mengawal penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam dan Selangor mempunyai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.

simpul simpulan bahasa sanskrit: sila3~~~

Monday, August 15, 2011

BELUM RAYA DAH BUAT "OPEN HOUSE"

salam sahabat buat skalian~
aiyoyoo... rumah aku under renovation der... dah sebulan lebih dah.. ntah apala nasib badan lain di plan lain plak yang jadi. huhuu... camni, mak aku tu berniat nak ganti bumbung dan rangka kuda2 yang baru sebab yang lama dah nak mereput. kononnya nak pakai rangka besi tu.. pastu gamti siling...sebab siling lama byk yang bocor.. ok la kan dia punya rancang kan... tapi rumah aku ni umpama keta buruk. bila satu part rosak, pastu nak g baiki kat bengkel, akan jumpa la macam2 lagi part lain yang terpaksa tukar. so, keadaan ni samala ngn umah aku sekarang. adeh... bila buang bumbung, nampak semua tiang rumah dah reput. yg ok cuma dapur n bilik air jek. maka terpaksala buang.... bila dah buang tiang, nak masuk tiang simen......x muat pulak dah... kes dinding rumah senget. kena ketuk pulak dindingnya...... alang2 dah ketuk, lantainya disamakan pulak. dulu lantai tinggi rendah..
pastu buang pulak ruang tamu depan sebab nak gantikan dengan porch keta.. konon anak2 menantu nak balik ramai.. mau 5-6 bijik keta tu.. alih2, stakat ni gini la rupanya umah aku tercinta...


bumbung karat tu dulu kedai ais kacang mak(nak alih)
pintu masuk ke dapur.(dulu grill je)
tiang porch keta baru pacak. (keja aku la nak cat tuh.)
pintu masuk depan.(dulu ada ruang tamu depan pintu tu)
dulu bangsal park moto, sekarang keta leh sumbat 3 bijik
bahagian dalam, siling up tinggi sikit.

ada beberapa perkara jugak jadi time renovate nih. ada sorang pekerja terhempap kuda2 bumbung. lagi sorang pengsan sebab terhempap tiang. time aku bukak siling ngn member aku, dia terjatuh sikit. trus sessak napas... aku jugakla jadi tukang urut.. adehh...

sebab plan xikut asal, bajet awal dah terover.. adoii... tapi aku suka siling baru ni. sebab dia lagi tinggi dari yang lama. amat lapang terasa bagi orang setinggi 6 kaki macam aku ni. buat masa sekarang, kira memang open dah la house aku ni. hahahaaaa!

simpul simpulan bahasa sanskrit: balik cuti ni mampos nak kemas. huuuu... T__T

Sunday, August 14, 2011

RISIKO PELABURAN EMAS (mesti baca)

salam sahabat buat skalian~

Aku dah banyak buat entry yang memberi imej positif pada pelaburan emas sebelum ni. aku rasa tak adil la kalau aku x tulis pasal risiko negatif plak kan. ye a, mana ada satu perniagaan yang memanjang nak untung tanpa ada risiko kan..

untuk itu, kita kena faham:

1. emas ini adalah dikategorikan sebagai apa?


Emas adalah dikategorikan sebagai ASET, Perak juga sama.
2.  apakah itu aset?
aset sama seperti Tanah, Rumah dan macam-macam lagi.
3. apakah ciri-ciri dan sifat aset?
Sifat Aset adalah sesuatu yang sumber penawarannya amat terhad manakala permintaan keatasnya pula amat tinggi dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.
4. apakah punca nilai aset semakin hari semakin meningkat?
Ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan menjadikan Nilai / Harganya akan terus menerus meningkat dari masa ke semasa.
5. adakah aset berisiko jatuh nilainya hingga tiada nilai langsung?
tidak, kerana ia bukan satu pelaburan perniagaan seperti saham yang melabur atas perniagaan sesuatu syarikat dan harga Saham boleh Naik dan Turun sehingga menjadikannya langsung tidak bernilai pada bila-bila masa sahaja, dan juga pelaburan ke atas perniagaan dimana ianya lebih terdedah kepada faktor Untung dan Rugi yang disebabkan oleh faktor semasa pasaran, peningkatan kos operasi yang melampau dan pelbagai lagi faktor2 yang terlibat.
6. jadi apakah kesimpulan yang dapat dibuat untuk pelaburan aset iaitu emas?
pelaburan ke atas Aset adalah satu bentuk pelaburan yang Unggul dengan faktor risiko kerugian yang AMAT MINIMA, menjadikan nisbah keuntungannya lebih besar berbanding nisbah kerugiannya.

simpul simpulan bahasa sanskrit: hehee.... amat minima ye.. bukan xda.. :)

Friday, August 12, 2011

Dinar: MASA LANCAR RM323, SEKARANG RM809 DAN KE ATAS!

salam sahabat buat skalian~

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809. 


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi. Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas. “Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu. ”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya. Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta. Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000. Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik. ”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini. Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang. 
by: rizal tahir sumber: harakahdaily.net
....................................................................................................................................................................
aku memang respek kat negeri kelantan sebab berani jadi pelopor kepada dinar emas ni. dulu, masa zaman tun mahathir jadi PM, dia ada buat usul kepada sidang OIC untuk menggunakan dinar islam bagi urusniaga peringkat global antara negara2 OIC. kemudian, dengan harapan penggunaan dinar tu akan menular kepada sistem matawang tempatan setiap negara islam. kenapa tun rancang begitu? sebabnya, tun dah nampak kekukuhan emas pada masa depan berbanding US dolar. pada masa tu, sistem matawang dunia terikat dengan US dolar. dan semua orang tahu matawang yang x setara nilai, jual beli matawang, akan menyebabkan penindasan pada ekonomi negara miskin dan membangun. jadi, difikirkan dengan cara menggunakan sistem matawang dinar islam ini akan menjatuhkan sistem dolar US yang ada sekarang.

selepas era tun mahathir berakhir, cadangan beliau kelihatan x mendapat sambutan di kalangan ahli OIC. kerana mungkin masing2 ingin menjaga hak masing2 dan ego untuk membangunkan negara sendiri menggunakan kekayaan minyak dan sumber asli yang ada. jadi bagi negara islam yang kurang sumber aslinya seperti kita pon kecewa dengan sikap2 ahli OIC sendiri. 

tak lama kemudian, kerajaan kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz telah memperkenalkan dinar islam, iaitu dinar kelantan yang merupakan produk emas tempatan dari negeri kelantan sendiri. nampak gaya ada jugak persamaan antara tun dan nik yer..hahaa... seperti yang dilihat dalam berita di atas, pada permulaan pengenalan dinar kelantan ni harganya cuma RM323 saja. hari ini?? RM 809 dan semakin hari semakin meningkat.

peningkatan harga emas ni membuat ramai orang yang berjaya mengambil peluang awal melabur dulu, tersenyum lebar. antaranya aku.....heheheee.. dulu masa kelantan lancarkan dinar, ada pihak yang mengecam perbuatan kelantan. antaranya kerajaan negeri perak pada waktu itu. namun setelah beberapa ketika, si kerajaan perak sendiri yang mengeluarkan produk dinar negerinya. tapi yang lawaknya, kerajaan negeri perak mengeluarkan syiling 1 dinar menggunakan emas purity 999.9 dan bukannya purity 917! mengikut kebiasaan, 1 dinar mestilah berjisim 4.25 gram, hasilan daripada emas purity 917@916. purity emas 917 dan 999.9 adalah berbeza nilainya. jadi 1 dinar negeri perak tak sama nilainya dengan 1 dinar negeri kelantan. maknanya, 1 dinar negeri perak itu tak boleh dipanggil 1 dinar. heheeee.... walaubagaimanapun, ia tetap emas dan boleh dibuat sebagai produk pelaburan sama seperti emas lain. cuma akn timbul masalah bila nak guna sebagai sistem matawang islam kelak.

sekarang ni, emas dinar tempatan ni dan juga luar negara boleh didapati daripada agen jualan dan syarikat pengedar tempatan sendiri. aku beli kat NUBEX. 
klik gambar untuk ke website

simpul simpulan bahasa sanskrit: korang bila lagi? 4 taun punya cerita dah beza rm 486 utk skeping dinar. kalo ada 10 keping? x ke dapat rm4860 utk 4 taun punya simpanan???

Wednesday, August 10, 2011

HATI GUMBIRA!

salam sahabat buat skalian~
harini aku buka puasa dengan banyaknya makanan dan airan. heheee... sebab? hati manyak suka loo..... bukan atas sebab dapat bonus raya setengah bulan gaji mcm "org itu". aku ni blom keja, mna nak dpt. tp gumbira sbb lain. heeheeeee..

pagi tadi ada lpas aku ajar PJ kt bdak2 darjah 6 tu, aku lepakla kat bilik guru berchatting chatting... tiba2 ada pengumuman kt speaker skolah tu. bunyi lebih kurang gini, "perhatian kepada murid yang menerima sumbangan baju raya, sila berkumpul depan pondok jaga untuk agihan baju raya sekarang." haaaaa...... bila aku dengar je pengumuman abis, berlari lari budak2 kcik tu ke depan pondok jaga. aku heran jugak, "baju raya pon ada org bagi ka? ramai mana budak2 yg dapat?".

hohooo..terasa macam nak pegi tengok je dorang amik baju tu, kawan aku sorang tu da pegi awal lagi. tapi bila aku nak bangun, rasa macam, "x payah kot...biaq p kat depa lah...". padahal aku segan nak g tengok sebab takut terkeluar plak air2 mataku ini. dah la posa, rugi sumber air dalam badan taw. hehe..

kawan aku datang kt bilik guru, aku tanya lah dapat baju apa, kain ok x, apalagi dapat, sapa yang bagi sumbangan... byk plak aku wat inkuiri kan, pegi tengok xnak. haha! harini aku tumpang gembira je kat anak2 murid aku tu, tumpang senang hati kat pemberi sumbangan tu... humm... :) kawan aku cakap budak2 dapat songkok, baju melayu, baju kurung..kain cantik2 n kualiti.. jenama VENTINO kot... aku pon xprnah dengar. ;p

kebanyakkan budak sekolah tu dari keluarga susah..pendapatan xmenentu. aku dah melalui zaman tu masa kecik dulu...memanglah xpernah dpt sumbangan baju raya macamtu, tapi yang lain tu dapatla.. jadi, tadi ada maaanyak seronok, cuma dah trlajak terharu td takkan nak g menumpah keterharuan depan budak kan? t diorang tanya aku plak, "cigu3, cigu awat cigu??".... hilangla status cikgu garang aku nanti. HAHA!

okeh, ucapan ringkas, moga korang best raya taun ni dengan baju baru. :))

simpul simpulan bahasa sanskrit: rasa mcm nak senyum jek tidoq mlm ni. :)

MARI MELABUR EMAS!

salam sahabat buat skalian~
kali ni aku kembali berkongsi cerita pasal emas. wuu....emasss~~ haha
okeh... harini aku dah beli satu lagi emas dinar baru iaitu logam mulia. bentukyna lebih kurang macam dinar muslim tapi ada sikit berbeza.

kenapa melabur emas ni menguntungkan?
baik, anda boleh refer entry lama aku kat SINI

okeh, dalam entry yang aku bagi link kat atas tu ada tulis "masukkan wang dalam tabung haji dan ASNB" kan?
sekarang aku cadangkan xperlulah masukkan dalam ASNB sebabnya pelaburan dalam ASNB diragui seperti bukti di bawah:
fatwa dari mufti selangor
baik, kenapa haram itu bukan kerja aku.. itu adalah kerja mufti untuk memperjelas pada umum. tapi kawan2....ASNB ni dah lama orang ragu2 sebab sumber pelaburan dari syarikat2 yg meragukan status urusniaganya.. sekarang balik kepada emas.....

korang ada dengar kan "makin lama simpan emas makin tinggi harganya"?
aku kata, YA! TEPAT. tapi....kita kena tahu jenis emas yang bagaimana yang boleh bawa keuntungan paling cepat dan tinggi serta risiko yang terendah. jadi, ada beberapa fakta yang telah aku tulis dalam entry sebelum ni. klik kat SINI.

selain itu, korang juga mestila pandai dalam memilih syarikat atau sumber belian emas yang terbaik, terselamat dan termurah. contohnya, aku xkan beli dari ejen. walaupun abg, akak, bapak sedara ataupun sapa saja yang jadi ejen emas tu dan nak jual kat aku. aku xkan beli dari dorang. hahahaha. kerana, sorang ejen akan menjual emas lebih tinggi daripada nilai pasaran dunia. pengalaman aku la kan, ada sorang cikgu ni beli emas 1dinar dengan harga RM680 dari sorg ejen syarikat ni. dan aku beli satu dinar muslim dengan harga RM608 secara online dengan satu company ni. tarikh kami beli adalah kebetulan pada minggu yang sama. ha! ni la emas yang aku beli kali pertama dulu.klik SINI. dan seterusnya aku beli lagi. klik kat SINI.

sekarang ni musim perayaan puasa. seluruh dunia menyambut aidilfitri bagi yang muslim. oleh itu permintaan terhadap emas makin tinggi. sebab tu harga emas dalam masa 2 minggu mampu naik RM 17!

10 OGOS 2011
28 JULAI 2011








<--PERBEZAAN-->









itu saja catatan aku pasal emas ni. kalo korang baca entry2 lama aku sebelom ni, dan korang tengok video di bawah, korang akan perasan: entry aku dah mendahului laporan dari TV9:

simpul simpulan bahasa sanskrit: jadi, jgn tunggu lama2..... mula sekarang dan tengok hasil di 3 bulan pertama.

Saturday, August 6, 2011

SIRI DAFTAR BAHASA KEDAH PIAW! bahagian 4

salam sahabat buat skalian~
haaa..amik masa sikit teqa nak kluaq mai hat nombot pat nih. kalut dok wat qeja macam2 ngat. bukan x bukak tenet, malaih nak karang entri ja... ok, ni istilah2 hat baru noh.. sebot btoi2 taw. kot jadi kok len, tu yang kita xmau...


mengkala = bila
kaboi = kumbang
bang = azan
peqoi = tabur
qempang = hiperaktif
peknga = lempeng
qompon = mengasingkan diri
qongkoi = gugusan
hemoi = mengada ngada
bok = tilam
gebaq = kain selimut
kapaq = jerami@tumbuhan masam dalam sungai @bendang
seqeyau = takut2
hat = yang
mangkit = bangun
soq = sahur
sedia = sentiasa
Qekah = gigit gelojoh
tokak = gigit
peqedey = melastik
pengkaq = kaki bangku/ jalan x lurus

untuk bahagian dulu klik kat 1,2,3


simpul simpulan bahasa sanskrit: istilah yang aku sendri xtaw makna, hangpa tumggu entri ke 5. haha

Friday, August 5, 2011

tunggu sekejap.....

salam sahabat buat skalian~
"ayahku dah tak larat. tolong tunggu lagi 3 tahun."

simpul simpulan bahasa sanskrit: ....

Thursday, August 4, 2011

OPTION OR OBLIGATION

salam sahabat buat skalian~
orait..di blan posa nan mulia ini memang mencabar dan penuh dugaan. org kata...time tengah lapaq ni smua benda kita nak marah.. tp aku x, bila lapaq smua benda aku nak tokak. aku sakit ati ngn org tu, aku tokak org tu. hahaa...
berbaki lg 3 minggu untuk praktikum fasa 2, mcm2 hal la jadi. bajet lari, kursus sana sini, assignment nak kena hntar, yg xdapat soalan lagi pon ada, prancangan BIG dan aktiviti GERKO. gila apa nak susun tarikh semua tu!

tiba2.......ada plak satu kursus ni yg xjadi buat sem lepas timboi balik..... aku xpasti samada kursus ni dianjurkan dan DIWAJIBKAN kat batch aku atas kepentingan dan kehendak individu mahupun bersama. org cakap xpasti, jgn claim..t xbtol naya... jadi aku xsebut yerr...

apa yang pasti kat sini, KURSUS ITU WAJIB MASUK. ok, biasa la benda kat IPG kan, join itu ini. tapi ada beberapa soalan yang aku tanya untk dptkan info dan buat konklusi.

1. kepentingan dan faedah bersama
2. syarat kelulusan
3. jangkaan lulus

satu, ok...kursus ni memang benda yg baik.. pusing pi mai kok mana pon yg baik tetap baik kan... tapi, yang baik itu mesti berfaedah pada peserta. jadi bagi aku bakal peserta, aku xnampak faedah tu berguna untuk aku. sebab aku nak jadi cikgu dan pelukis dan memartabatkan seni visual sekolah ke peringkat lebih tinggi. bukan memartabatkan sukan. sukan tu bg la kat org yg memang pakar dalam bidang dia kan. okeh tu point khas utk aku. lain org lain hasrat. sbb tu aku cakap tadi aku x pasti samada kursus ni ats kepentingan sesetengah individu shj atau apa. jelas bahagian 1?

dua, bila dah kursus kena amik exam plak.. adoii.... kalo x lulus cemana? haaa...tu ayat standart la bila org dngar prkataan exam ni kan? korang jangan kelentong la kalo xtanya benda ni. syarat lulus mudah saja, masuk kursus pastu amik exam dan capai gred minima daaaannnnn....toink! LULUS!!!! masalahnya adikku sayang... mudah je ke soklannye tuh yg brangan nak lulus sgt tuh.............??

tiga, jadi aku bertanya mudah ke nak lulus? hahaaa... "berapa kerat je yang lulus". "exam dia susaaaah........". jadi, aku ada beberapa perkara nak hilightkan kat sini.

dulu kami pernah anjur satu kem silat kat perak dan super junior aku dari puak2 ustaz ustazah ni WAJIB maasuk untuk dapatkan sijil peringkat kebangsaan sbg "SIJIL PENGURUSAN PERSATUAN SILAT". semua telah diuruskan oleh lecturer, bukan aku yerrr..... pengesahan dah diberikan pengarah. jadi ia WAJIB! dan dengan menyertainya saja tanpa perlu exam trus bleh dapat sijil tu. mudah kan? tapi, puak2 ni sanggup p jumpa lecturer lain untk dapatkan sokongan, dorang xnak pegi kem tu. macam2 yang dorang tipu dalam surat tunjuk sebab @ aduan yang dorang tulis dan hantar kepada pentadbiran. maka, dorang pon xpegi kem tu dan xdapatla sijil tu.

baik, situasi aku sekarang sama je ngan situasi dia ats. kursus ni semua WAJIB, BENEFITS BAGUSSSS...... tapi bersesuaiankah? kalo dah payah lulus sangat, apa kepentingannya? aku bukan masuk IPG untuk study benda2 luar silibus gitu. sepatutnya ia dibuat sebagai "OPTION" bukan "OBLIGATION". ada yg berani membantah?? aku nak p bantah?? boleh sangat... tapi aku ni dah banyak rekod kat IPG. untuk menjaga harapan ibu dan ayah, diam je la.. sebabnya... bila aku buat sesuatu benda utk orang lain, orang2 lain ni tunggu result saja. xda bagi sokongan langsung. kalo aku berjaya, dorang tumpang senang. so, mampoih p kat hangpa!

bila PSV ada kursus, awat xmau masok?? kan kursus kami pon berguna jugak kat hangpa bila dah qeja nanti. pasai mungkin hangpa bleh guna kalau kena mengajaq PSV kan. kan dah ada sejarah senior kita yang dah ngaji 5 taun stengah kat IPG benda lain, mengajaq benda lain. haaa..relevan kan????

ini cuma sekadar luahan pada sistem pelik yang aku lalui. bukan ke atas individu ataupun puak2.. aku bagi persamaan dan perbezaan. bukan menilai untuk semua pihak. jadi xda hak untk aku kata korang betul atau salah, dan korang pon xda hak untuk kata aku betul atau salah. :)

walaubagaimanapun, setiap perkara terburuk dan tersulit yang kita lalui, tetap ada kemanisan yang dikecapi. INSYAALLAH.

simpul simpulan bahasa sanskrit: setaun lagi...setaun lagi...setaun lagiiiiiiiii~