yusufyaacub/panca-4dimensi: September 2011 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Monday, September 26, 2011

GORENG PARANG PART 1

salam sahabat buat skalian~
EHEM2.. dengan ini dimaklumkan pngakuan jujur ikhlas, aku x pandai petik gitar. hempok gitar mungkin ya. petik pon x pndai apatah lagi mahu mnggoreng. ole sbb itu, org yg x pandai men gitar cam aku amat trasa trsisih skali. cam x laki la kalo xreti men gitar kan2? nak wat cemana..aku dah x minat...hohoo.. tapi aku suka goreng benda lain, bagi aku benda ni bleh dikategorikan sebagai alat muzik jgak. sbb bunyi dia, ching! shrriiiing! aloh, ape ku mrepek ni?




sori yer, aku menggoreng sambil duduk je. t kalo berdiri, habeh barang rosak lam blik layan head banging.

simpul simpulan bahasa sanskrit: sdey gila xreti men gitar... uhuk2 T__T

AKU YANG DULUNYA COMEL!

salam sahabat buat skalian~
 SUKA BINATANG? kalo yg comel2 ni, mesti dah dibuat pets. tp apa akan jadi kalo lama sgt pets korang tu dibela? heheee
















simpul simpulan bahasa sanskrit: berkenan si landak kecik tu..

TEMPAHAN COUPLE PORTRAIT 22.9.2011

salam sahabat buat skalian~
xsempat nk tulis entry baru.. ni artwork baru aku.. masih gunakan verge paper saiz A4, pensil mekanikal dan graphite.
 simpul simpulan bahasa sanskrit: ckp belit2..

Wednesday, September 21, 2011

SUATU PERJALANAN

salam sahabat buat skalian~

   uniknya perjalanan hidup seseorang sukar untuk dimengertikan. kerana apa yang dirancang tidak semestinya sama dengan apa yang tercatat yakni qada dan qadar. ada orang yang melalui jalan sukar untuk mendapat suatu kesedaran dan kebaikan pada diri. ada orang melalui jalan mudah untuk mendapatkannya. percayalah, itu bukan urusan kita, tapi wajib untuk berusaha.
   usaha yang diperlukan itu amatlah sia-sia apabila tidak dimulai dengan kesedaran dan keikhlasan. namun apa guna mengharapkan kesedaran dan keikhlasan andaikata masih mempertikai dengan nasib diri? lebih baik memaksa daripada menunggu. bagi setiap manusia, mungkin mereka mempunyai perjalanan sukar tersendiri. masing2 mungkin merasakan merekalah yang paling sukar menerima ujian daripada Allah..
   sebenarnya, dalam perkara ini tidak perlu dibanding antara satu sama lain kerana setiap ujian itu berbeza mengikut kemampuan si penerimanya. namun, objektifnya tetap sama.
   Allah telah melenyapkan perasaan dendam yang cukup dasyat dalam diri aku hanya kurang sebulan dari tarikh ini. dan itu merupakan satu kelegaan kerana salah satu punca tompok2 hitam dalam qolbu telah berjaya dihilangkan. allah juga telah mengurniakan kawan2 yang cukup baik dan memahami aku, membuatkan aku lebih faham tentang makna kehidupan.
    hari ini, aku faham kenapa Allah hilangkan dendam itu sebelum aku menerima sesuatu berita ini. aku yakin, dengan rahmat Allah yang sentiasa membuat aku terpelihara daripada sebarang tidakan yang memakan diri. bagi aku, ia hanyalah sekecil kecil ujian yang diberikan, dan aku masih banyak perlu belajar untuk menerima ujian mendatang. tidak mungkin akan ada seorang pun yang akan faham dengan penulisan ini, tapi ini adalah sedikit sebanyak realiti yang telah dan sedang aku lalui.

simpul simpulan bahasa sanskrit: Moga berbahagia selalu di samping pilihan hati bersama rahmat Allah yang Maha Agung. :)

Tuesday, September 20, 2011

Kem & Pertandingan Terbuka Pencak Silat Kebangsaan PPSSGPUM

salam sahabat buat skalian~
Alhamdulillah..selesai jugak aku create page ni kat facebook. page ni khas untuk promosi kem dan pertandingan yang kami anjurkan pada 16-18 disember 2011 nanti.
silalah klik pada gambar print screen ni untuk ke page tu. like2 la tnda support ye.
anda bleh jugak tengok kat sini untuk info ringkas ok. KLIK SINI
simpul simpulan bahasa sanskrit: training2, kasi bdn ketul2. kah4!

Sunday, September 18, 2011

ANGRYBIRDS PAPERTOY D.I.Y!

salam sahabat buat skalian~
ehee...aku bosan gila sbenarnya time melukis tadi.. adala sebab2 tertentu aku bosan lukis potret yang satu ni. hurmm... jadi, baek aku wat benda2 yang comel camni daripada buang masa tergolek atas tilam jek kan.
mula2, korang download template kat sini:
angrybirds papaercraft.rar
password: panca-4dimensi 
pastu print atas A4 putih.............

then gunting bebaik.........
gam kemas2..aku pakai gluestick jer.
lekatkan semua tempat........
siap!
cobaan mereka merobohkan speaker aku. huh!

muka bajet gengster

simpul simpulan bahasa sanskrit: nak buat kereta plak, pastu robot gundam. wuwuw!!

Friday, September 16, 2011

PERLIBAHASA 2

salam sahabat buat skalian~
sekadar gurau gurauan..

sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga saham BSKL
Orang yang sentiasa mencari helah bela diri supaya dirinya tidak dipersalahkan oleh orang lain, namun helahnya itu memberi impak yang besar kepada ekonomi negara.

sudah jatuh, ditimpa pokok kelapa
malang yang bertubi tubi ke atas diri seseorang, namun orang lain pula rakus mengambil kesempatan mengambil buah kelapa muda berbanding menolong si malang itu.

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan hutang
perkara lazim manusia bila hidup dengan boros, mahukan selesa dan mewah walaupun hutang mampu dibayar, namun bila mati, 7 keturunan pon blom tentu boleh bayar

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian langsung xda pendapatan bulanan
jenis orang makan gaji, duit dah banyak tetap x cukup.belanja besar lebih dari kemampuan. kadang2 beliau menyesal di pertengahan jalan, namun gaji bulan seterusnya tetap habis diguna untuk cover perbelanjaan sebelum itu.

beri betis hendak drumstick spicy KFC
spesis yang lupa diri, angkuh dengan tawaran dan pemberian orang yang disifatkan tidak mencapai taraf diri sendiri, namun x sedar bila mintak drumstick KFC tu menandakan dia jakun sangat.ek elleh...sikit2 KFC. muak ahh!

sekali air bah, sekali cuti darurat
keadaan di mana negeri2 di malaysia yang selalu dilanda banjir baru baru ini sehinggakan memaksa penduduk cuti darurat.

lembu punya susu, cheesedale dapat nama
perkara di mana harga susu lembu tempatan jauh lebih murah dah berkualiti untuk dijadikan sajian berkhasiat, namun keju cheesedale memonopoli pasaran dan menenggelamkan nama susu lembu.


alang2 menyeluk pekasam, biar sorang pon x lalu nak makan
perbuatan terkeji bila ikan pekasam buatan sendiri dalam bekas diseluk seseorang menggunakan tangannya yang kotor hingga sesiapa yg melihatnya akan terasa geli geleman untuk memakan ikan tersebut.

bersatu kita teguh, bercerai kena saman
kes yang selalu terjadi sejak akhir2 ini di mana penceraian berlaku dengan banyak perkara yang mmeningkan kepala termasuk tuntutan saman juta2 oleh kedua dua pihak.

seperti Belanda meminta tanah bercucuk tanam
perkara yang berlaku zaman penjajahan di mana kedatangan Belanda ke Tanah Melayu bermuslihatkan niat bercucuk tanam saja, namun niat asal mereka adalah untuk mendirikan rumah burung walit.

simpul simpulan bahasa sanskrit: hati gusar...

Wednesday, September 14, 2011

SENSITIVITI DALAM SENI

salam sahabat buat skalian~ 

Sepanjang aku berada dalam IPG dan melalui banyak fasa pembelajaran berterusan yang mematangkan aku dari satu sudut ke satu sudut lain, terdapat beberapa perkara aku tersedar. dan perkara ini banyak memberi impak pada diri sendiri dan orang di sekelilingku. sebagai pelajar seni visual, penggiat seni visual dan juga bakal guru seni visual kelak, aku mendapati perkara-perkara ini amat membantu aku menjalankan kajian, analisis dan kefahaman bahkan semasa berkarya sendiri dengan lancar dan penuh kepuasan. namun aku sedari bahawa terdapat satu perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan dan tidakpun disedari oleh aku dan rakan-rakan sebelum ini.

inilah dia, nilai SENSITIVITI. nilai ini jika digunakan pada suatu tempat/ keadaan/ketika/ situasi dan permasalahan, mungkin ia merupakan satu titik mula yang mendorong penyelesaian masalah dilakukan. namun, sensitiviti yang aku ingin perkatakan di sini adalah 

"perubahan tingkah laku serta cara diri sendiri melihat sesuatu di sekelilingnya apabila ia masuk ke dalam zon itu.". 

aku mendapati, terdapat permasalahan yang tak kunjung reda tatkala terdapatnya tekanan semasa menyiapkan tugasan yang memerlukan kami memerah kreativiti untuk menghasilkan karya.

kreativiti yang baik memerlukan jiwa yang memahami, mendalami dan merasai subjek yang ingin diutarakan. apakah kaitannya dengan sensitiviti? bagi aku, apabila kita ingin berkarya, seolah olah suatu "setting" telah diaktifkan dalam otak kita utnutk memberi tumpuan pada suatu subjek. tumpuan ini secara automatiknya telah mengaktifkan segala deria semulajadi kita untuk menghasilkan rangsangan serta hubungan antara diri dengan karya yang bakal kita hasilkan.

oleh sebab pengaktifan deria inilah, kita tidak sedar bahawa tahap sensitiviti kita berada pada tahap tertinggi yang mungkin sesetengah orang menggelarkannya sebagai "mood". melaluinya, aku mendapati bahawa terlalu banyak sensitiviti telah ditumpukan pada suatu subjek dan dengan itu terabailah perkara perkara lain di sekeliling kita. umpamanya, kita sibuk membina pemahaman, hubungan dan rangsangan antara diri dan karya sehingga terlupa cara mengekalkan pemahaman, hubungan dan rangsangan antara rakan dan orang sekeliling. natijahnya, ada pertikaian pertikaian kecil muncul menandakan rasa ridak puas hati terhadap suatu perkara yang kadang2 dirasakan ianya tidak penting langsung untuk dipertikaikan.

hal ini bertepatan dengan peranan yang dimainkan oleh seni visual itu sendiri iaitu melalui
peranan psikologi:  berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.
Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.
apa yang aku ingin perkatakan di sini ialah, nilai sensitiviti yang diberikan sepenuhnya pada karya mungkin dapat mempengaruhi cara kita menilai perkara sekeliling. mungkin penilaian kita akan merosot kerana kurangnya sensitiviti terhadap rakan mahupun sesiapa sahaja di sekitar. ataupun terlalu sensitif hasil keterbawakan semasa masih dalam zon berkarya. hakikatnya, ia boleh di kawal. elakkan berada dalam tekanan melampau dan carilah ruang untuk diri sendiri melepaskan sesuatu yang terpendam.

simpul simpulan bahasa sanskrit: kalau cik "mood" mai, aku memang sensitif gila!

Saturday, September 10, 2011

PEMECAH BENTENG BESI

salam sahabat buat skalian~

dah lama dah cerita ni..tapi x payahla diceritakan..haha... tapi yang konpem, cerita tersebut amat memberi kesan kat aku sampai merubah karakter diri dan corak pandangan aku pada persekitaran. atas kejadian yang berlaku tersebut, aku cuba bertenang dan menjadi diri sendiri. mula mencari semula kawan2 baik yang dah lama ditinggalkan. mula mencari halatuju. mula mencari bakat diri. pendek cerita, aku mula menjadi aku.
walaupun berjalan lancar pada satu tahap, susah aku nak kata bahawa aku dah terlepas dari situasi yang aku sendiri cuba elakkan dulu. pada tahap tersebut, apa saja yang aku buat umpama untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. tanpa disedari, perkara2 tersebut membayangi diri menjadi satu perasaan pekat yang berada dalam diri sehingga aku terubah karakter sendiri.

aku cuba bergerak dalam fasa seterusnya dengan mencari apakah perasaan yang pekat itu? sumpah aku xtahu dan ia hampir sebati dengan diri sejak mula peristiwa itu berlaku. pencarian memang tak pernah terhenti, apatah lagi bila hati ini masih ada yang mahu dibuktikan..mungkin dah ditakdirkan aku berjumpa dengan seseorang untuk memberi peluang padaku mendalami diri sendiri. banyak perkara kami lakukan bersama dalam satu medium wadah perjuangan sehingga aku terasa ada suatu aku terlepas pandang sepanjang masa dalam fasa2 sebelum ini.

fasa seterusnya bermula dengan penuh tanda tanya, mengapa perasaan ini hadir dalam diri pada ketika aku sedang berusaha memperbaiki diri dengan bersungguh sungguh? sedikit demi sedikit aku mulai sedar, ia hadir memberi satu "jalan" lain tapi dengan tujuan yang sama padaku. perjalanan hidup makin unik bila tanpa disedari, "jalan" tersebut banyak membuka ruang untuk aku memecah dinding besi padu yang mengililingi diri. aku mulai mendapat jawapan kepada persoalan apakah perasaan pekat yang ada dalam diri? apakah yang cuba aku buktikan? apakah punca karakter aku berubah? bukan mudah "jalan" yang diambil......
perasaan pekat tersebut adalah DENDAM. Itulah perkara yang aku paling xsedar ada dalam diri.. mungkin ada hikmah aku xlagi bersua dengan orang tersebut dalam jangka masa fasa2 sebelum ini.. kerana mungkin akan berlaku sesuatu perkara yang xbaik padanya.. kerana terdapat perasaan membunuh yang menebal dlam diri. yaa..aku adalah seorang yang cukup bahaya untuk didampingi. tapi aku juga bukan mudah untuk menyimpan dendam.. memang ramai yang aku x suka, memang ramai yang x suka padaku.. tapi sepanjang hidup ini, hanya ada seorang manusia saja yang aku dendami.

sekarang, aku rasa bersyukur kerana "aku seorang yang cukup merbahaya" itu hampir hilang. tiada apa2 perkara buruk yang berlaku dalam tempoh tersebut. mungkin diri masih terpelihara. aku puas hati kerana "jalan" yang aku pilih dah membuka mata hatiku untuk memahami permasalahan yang mempengaruhi diri semenjak peristiwa itu berlaku. dengan itu barulah aku dapat menghilangkan perasaan tersebut dengan rela hati.. dan mungkin mengambil masa yang lama, namun diharapkan tidak. agar cepat hilang, tawar dan tenggelam dalam "nur" yang dicari selama ini.

simpul simpulan bahasa sanskrit: saya sayang panglima ulung~

PERLIBAHASA 1

salam sahabat buat skalian~
ada sedikit benda untuk dimerapukan bersama2... aku dapat idea ni dari kawan seperapuan aku yang dah berhijrah keluar dari kampung halaman..huhu...

marahkan nyamuk, bini dicurahkan asid
bagai susu dibalas cap teko
bagai kera mendapat proton inspira
hendak seribu daya, x hendak, gunalah breeze
bagai air dicincang takkan jadi ice blended
bagai duri dalam durian, macamana hendak dimakan
masuk kandang kambing mengembek, masuk jamban berkaraoke
bagai anjing menyalak Bukit Bintang
bagai rambut dibelah gergaji karan
air yang tenang jangan disangka tiada spender cap buaya
ibarat lilin membakar rumah makcik kelsom
lebih banyak makan garam, patut kena darah tinggi
ukur baju di badan sendiri, bila siap x muat pakai

simpul simpulan bahasa sanskrit: mood- biol

Thursday, September 8, 2011

POTRET ANJING COMEL

salam sahabat buat skalian~
potret? binatang?? anjing??? hahaaa..sebenarya potret bkn untuk manusia saja.. lukisan wajah binatang jugak adalah boleh dipanggil sebagai potret... (ni senior sem 8 aku tempah untuk kawan dia.)
tajuk- *aku x ingat nama anjing ni
teknik- drawing
media- pensil mekanikal 2b+graphite 4B,6B on A4 verge paper
rujukan- foto dlm facebook
status- sold
tapi kenapa lukis binatang? kan salah hukumnya di sisi syarak........... korang jangan nak bertekak ngan aku bab hukum hakam.. hukum melukis makhluk bernyawa ni dah banyak diterang oleh ustaz2.. benda ni khilaf ulama' terdahulu. kalo x paham, boleh rujuk entry aku nih "HUKUM MELUKIS MAKHLUK BERNYAWA".

yang ketiga..kenapa anjing? huuu...dah orang tempah lukisan anjing, aku lukisla anjing.. xkan orang tempah potret anjing, aku lukis potret kuda belang plak.. tadi masa buat last touch up, aku duk kat library dekat ngan tangga. jadi ada la kwn2, junior2 lalu naik tangga tu dan nampak aku tngah melukis. mungkin bagi dorang macam pelik bila tengok sorang lelaki muslim, pakai songkok, melukis anjing. hahaa...ada jugak member aku yang kata "alaa...comelnya", maknanya dorang pahamla tu kan.. tapi ada jugak junior yang bisik2 bajet telinga supersonic aku ni x dengar, "lukis anjing?xda binatang lain ke nak lukis?". okehlah..abg nak menjawab persoalan kat sini yerr..

ada 4 mazhab utama di dunia sepertimana yang ramai dah tau. dan hukum brkaitan haram anjing ini adalah berbeza mengikut amalan 4 mazhab ni. tapi x mendatangkan masalah pada iktikad dan tauhid, cuma pada lifestyle. mungkin kes bisik2 mcm dialog tadi tu disebabkan perasaan jijik yang menebal pada makluk dipanggil anjing ni. deyyy....anjing pon makhluk yang Allah cipta jugak... Allah cipta anjing bukan untuk dikeji, tapi kita pulak yang selalu mengeji makhluk ni. aparaaa.. aku lukis anjing tu jijik sangat ke? haram? kena SERTU?
Kalo ikut mazhab syafie', pegang anjing dan hasil2 dari anjing je haram dan perlu disertu, sertu ye...BUKAN SAMAK! lukisan anjing tu tergolong dalam najis mughalazah ke? abeh yang korang tengok tv, anjing dok ada dalam siaran tu xkira plak? kan imej jugak kat skrin tu, bole gerak2 lagi. pegi la sertu. hahaaa..

dah3..malas aku nak layan manusia yang sempit pemikiran nih.....tapi apa2pon, potret ni memang memberi latihan awal kat aku sebelum buat lukisan kerja kursus sem ni. maklumla kena lukis binatang plak.. huhu

simpul simpulan bahasa sanskrit: nak lukis juju plak~

Saturday, September 3, 2011

TAHNIAH SITI HAJAR!

salam sahabat buat skalian~
2 September 2011, anak arwah abang aku dah selamat bertunang dengan bakal suami pilihan... majlis ringkas je.. xda lah nak fotografer segala bagai.. aku dulu x mesra sangat ngan dorang nih. maklumla.. yang bertunang pon dah 26.. tua drp aku kot.. tapi sekarang nih, aku pon dah tua jugak, nak wat cemana kan.. barulah terasa title Paksu aku ni bermakna. hohooo... dia baru je tamat belajar kat UPSI.. taon depan keja kot.. elokla tu kawen dulu... masa aku p majlis tu, x ramai pon yang tau aku bapak sedara siti nih. jadi bila aku amik gambar sama2, ada la mata2 dok menjeling. awat? jeles?? haha.. ni lah anak sedara sulumg aku.. ada 2 orang je pompuan.. yang lagi 9 tu semua laki. haishh..

knapa aku nampak lagi tua dari dia?
padahal dia tua 4 taun kot! argghh
dari kiri, nisah, firdaus, aku, siti, daniel yg kecik tu
ini pon anak sedara jugak.. isyraf..kiut2
 anak2 sedara aku dah membesar dengan hensem dan segak. hahaa.. yang penting, depa pon  tinggi. tapi still aku yang tertinggi. ni la kepentingan genetik segak yang diwarisi. hohooo.. moga2 majlis bulan 12 nanti berjalan elok.. kalo time tu Paksu ada di kampung, konpem p. kalo xda, Paksu kirim potret je lah....

simpul simpulan bahasa sanskrit: x lama upgrade jadi Tok Su. ;-/

POTRET TERBENGKALAI 3 SEPTEMBER 2011

salam sahabat buat skalian~
macam projek tender kerajaan.. terbengkalai tu perkara biasa...haha.. tapi yang ni terbengkalai pon xkan kena blacklist punya.. ni adalah potret yang aku buat contest dulu tuh. jadi free je lah..
tajuk- portrait mohd nur firdaus (contest winner)
teknik- drawing
media- pensil mekanikal 2b+graphite 4B,6B on A4 verge paper
rujukan- foto dlm facebook
sepatutnya aku dah lama siapkan potret ni dari semester lepas lagi.. tapi tangguh punya tangguh, sambil mencari keikhlasan di hati.. cewah...member baik, kena la wat sehabeh baik.. t kecik ati dia.. maka aku pon buatla sebelum nak balik cuti raya aritu.. sekerat jalan buat, laptop plak jahanam.. jadi kena tunggu PC aku sampai dari Bangi ke kampung... maka buatlah potret di hari raya ni... bkn satu, tapi ada lagi dua yang belum siap.. nak kena cover balik lagi dua tuh. dah la fixier aku ni pon dah nak habeh. sebotoi rm28 tu. duit lagi..kertas pon nk habeh jgak. arghhh~

simpul simpulan bahasa sanskrit: wang bukan segalanya..begitu juga rupa.. ;p

Thursday, September 1, 2011

BATU KERIKIR aka KEPALA TENGKORAK ISI SIMEN

salam sahabat buat skalian~

manusia ni banyak spesis. yg menyusah diri sendiri pon ada, yg menyusahkan orang pon ada. tapi paling celaka sekali bila hal kita, dia nak ambik peduli. hidup kita, dia nak kondem itu ini. agak bengong bila aku dpt col dr sorg mak cik nih. col dah pkul sploh pg. aku taw la lewat dah.. 

tp yang p tanya aku "aii...x mangkit tidoq lagi ka? isshhh...pkui brapa dah ni??". oi2, hang sapa yang nak tanya lagu tu? yang dok wat sora komplen2 aku x bangun lagi tu awat? masalahnya, hang tau ka aku start tidoq pkui brapa? sah2 dlm kepala hang tu dok trget aku tidoq drp mlm smpai pagi. aku punya suka la nak susun idop aku mcm mana pon. aku nak wat qeja dr pkui brapa sampai pkui brapa, bila aku nak rehat, bila aku nak jumpa kawan, aku punya pasai la. hg xda kna mngena tali darah pon, sibok apasai?? ni, bodo oi aku nk habaq bagi. kepala hangguk hang tu macam kepala tengkorak kosong buboh simen, reti?

sblom2 ni pon hg nak guna aku ja kan.. cover baik punya x bagi nampak hg salah. bila kantoi, kona sana sini. anak branak, satu family macam cibai la hngpa nih. dah pekena orang, nak pekena lagi? buta kayu ka apa? orang tlong pon pasai nak jaga hubungan, sekali guna xpa lagi...hg nk guna, pusing2 2 3 kali tu apacreta? ingat aku bodo?

idop aku ni, apa2 benda pon skli saja..habeh baik ati pon 2 kali ja... masuk 3, aku cantas.. ingat, skali aku kena, triple aku bayaq..  sejarah dah ada. kita tngok mana lagi batu!!

simpul simpulan bahasa sanskrit: ada talipon yg bleh block nmbor org lain dr col x? bagi mai satu.

SCRIBD DOWNLOADER

salam sahabat buat skalian~
masih xda mood nak tulih banyak2. berhadapan dgn manusia mode kepala batu kerikir. tp aku nk bg jgk software yg memudahkan student2 download file dari scribd.com.  xpayah ada limit untuk download atau trpaksa uplode file sebelum download file lain. tapi software ni berguna untuk file yg free saja. yg file berbayar, korang buat software sendri.
step 1: follow blog ni
step 2: download: scribddownloader pass: panca-4dimensi
step 3: copy url link dari file yang nak didownload drp scribd tu.
step 4: buka application yg korang download tu dan paste URL LINK TADI kat ruang kosong tu.
step 5: klik "download"
simpul simpulan bahasa sanskrit: kna rebuih baru empuk kot.. ka nk kna hempuk baru empuk??

LATIH TUBI UJIAN TEORI BERKOMPUTER JPJ

salam sahabat buat skalian~
xda mood nk tulih bnyak2. download file kat dalam kotak bahagian last entry ni, klik kat application, start jwb. ikut step bwh ni.

1. lepas extract, buka file "ColorBlind_VisionTest". double klik kat application "test". ikut arahan awal yg ada.


 2. (1) pilih jawapan, ----> (2) jawapan pilihan trpamer, -----> (4) klik hantar, -----> (3) klik soalan seterusnya------> (5) klik bila dah habis soalan.
korang nak semak jawapan pon boleh.

untuk ujian sebenar, cara yang sama. tp korang buka file "KPP Test"---> klik application "kkp test"


ini adalah file kedua aku host. yg lama dah kena delete oleh skmm maybe. so, cepat2~~
DOWNLOAD:
password: panca-4dimensi
simpul simpulan bahasa sanskrit: keras kepala = payah, lembut kepala= menyusah