yusufyaacub/panca-4dimensi: December 2011 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, December 31, 2011

KEM DAN PERTANDINGAN SILAT

salam sahabat buat sekalian~
aku bertolak malam pada 14 disember aritu dengan kawan2 aku menaiki kereta seorang lagi kawan. haa... adala dalam jam 10 malam gitu. kami semua 5 orang dalam sebijik Alza. sampai kat kem dalam pukul 2 pagi, disambut oleh kawan2 team manjung yang sweet2~~ guru sendri pon ada datang jugak. baik punya tidur chalet tepi laut..
gambar chalet perguruan  keesokkan paginya
tujuan bertolak awal ni untuk buat benda kat bawah ni:

3 hari 3 malam jugak aku buat benda alah ni. hohooo..blom masuk cabut bulu itik lagi tuh. aku masuk bersilat satu slot je. tu pon untuk test jurulatih parang yang tak lulus tuh. sepatutnya aku boleh ambik semula, tapi x cukup masa lah, kerja urus kem lagi banyak belom selesai.


pertandingan ni biarlah kat orang2 muda belia yang join, diorang tengah bersemangat tu kan..


meeting pon aku ada ikut, trus kena lantik AJK pertubuhan kebangsaan dan sebelum tamat meeting, tiba2 guru bagi satu kejutan kat aku. xmau cakap.. toink2~


banyak jugak guru buat jemputan dari VIP, bersemangat dia  nak jayakan program. kami pon tumpang semangat jugak lerr..

2012 nanti bertemu lagi. hehee..

simpul simpulan bahasa sanskrit: mengharapkan perkembangan positif 2012! *kenapa gambar2 ni cantik? sebab aku edit. sekian..

Wednesday, December 14, 2011

SILAT PUNYA CERITA

salam sahabat buat sekalian~
Dimaklumkan aku akan bergerak ke Manjung Perak di mana tapak chalet rasmi perguruan silat kami berada. tepi laut tuuuuu~ sepertimana yang tertulis dalam surat panggilan mesyuarat tu, aku terpaksala hadir untuk mengikuti mesyuarat agong kebangsaan pada 17 ni. bukan setakat mesyuarat agong kebangsaan, tapi mesyuarat agong koperasi selat dindinng yang bakal kami ambil alih. oleh sebab aku antara jawatankuasa koperasi panglima ulung di perlis, aku join la untuk koperasi yang persatuan kebangsaan plak.

Aku nak ke perak bukan semata-mata sebab mesyuarat tu..tapi kena uruskan kem dan pertandingan silat terbuka kebangsaan. kebetulan siri kali ni, ahli2 negeri perlis yang kena uruskan..huii....dah la kami ni sikit kan? x semua plak yang dapat hadir. ramai otai2 lama xdapat hadir atas tugasan kerja... dengar cerita YDP Perlis x dapat hadir jugak, dia ada urusan lain..tapi dia pegang jawatan kem komandan sepanjang tempoh kem dan pertandingan berlangsung. uishhh...kalau dia xdatang naya aku.. memangla aku timbalan YDP Perlis, tapi harap2 bagila tanggungjawab sebagai kem komandan tu kat orang lain. sebab aku nak buat video sepanjang program. mana nak sempat dok berlari sana sini...

PESANAN GURU UTAMA (Al-Fakir Ustaz Zubaidillah Bin Sulaiman)
"SALAM ANAK-ANAK PERGURUAN. SETIAP KESUSAHAN PASTI UJIAN UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN. DALAM MENGHARUNGI KECEMERLANGAN, PASTI JUGA BERDEPAN DENGAN CABARAN DAN UJIAN, KADANG-KADANG BERAT, KALANYA RINGAN, MAKA BERSERAH DIRILAH KEPADA ALLAH DENGAN YAKIN, WALAU KAMU DIHINA DAN DICACI MAKI DIBUMI INI."

Harapan aku pada yang x dapat hadir, biarlah betul2 ada urusan yang xdapat dielakkan. bukan sekadar malas dan mencari alasan. sebab aku xsuka orang menipu aku.. memang mudah untuk menumpang dengan kemegahan mana2 persatuan silat yang sedia kukuh. tapi apa maknanya? berbangga sana sini dengan persatuan yang kita tumpang itu, popularitinya, jumlah keahliannya... tapi bagi aku, berbaloi untuk bersama membangunkan sebuah pertubuhan dari kosong. berbaloi untuk aku ada bersama sebagai tulang belakang mahupun sayap bagi menjayakan misi perguruan. kenapa? kerana orang yang berusaha membangunkan sesuatu, lebih menghargai sesuatu. orang itu akan lebih mengenali dunia persilatan lebih dari sekadar satu bentuk sukan.



simpul simpulan bahasa sanskrit: berjalan...

Monday, December 12, 2011

10 SEBAB ORANG SUKA LIKE DI FACEBOOK?

salam sahabat buat sekalian~
hurmm.. hari ni aku sesaja nak tulis satu entry merepek tapi aku rasa apa yang aku nak tulis ni, mesti ramai yang dah lalui. aku andaikan sesiapa yang baca entry ni, mesti adalah pengguna facebook kan? bagi yang x pernah dengar langsung apa tu facebook, memang mengarut sangat lah kan? amat x logik korang bleh baca entry aku tapi x tengok button like dan share facebook yang ada kat bawah tu. nak komen guna facebook pon bleh!

Kadang2 aku sendri rasa macam dah terbawak bawak ke dunia realiti. hohoo.. tiap satu benda nak pi tekan like. cemana tuh? nampak ada keta sport cun lalu depan mata, aku tanya kawan aku, "ada button like dak nak tekan?" ;p

ok2, berbalik kepada tajuk. dulu kalau xsilap aku, kita cuma boleh like pada status seseorang dan aktiviti seseorang saja. sekarang ni segala mak nenek kita boleh like. komen orang bawah status tu pon boleh jgak di like. so, apa yang beeeeessttt sangat ngelike2 ni? jadi aku pon membentuk kajian rambang pada para pengguna dan menganalisis data2 yang tak pernah wujud....maka....

SEBAB PERTAMA: untuk mencari idea2 daripada idea orang lain.

SEBAB KEDUA: mempamerkan bahawa dirinya masih wujud dalam arena perfacebookan.

SEBAB KETIGA: untuk perli kawan2 yang selalu buat status dan komen yang "macam best".

SEBAB KEEMPAT: untuk menandakan sokongan pada sesuatu statement.

SEBAB KELIMA: untuk menunjukkan anda suka tahap gaban terhadap sesuatu aktiviti. especially bila       status "in a relationship" tukar jadi "single". komen pertama slalunya, "wht hapen???", pastu yg lain like like like like like like~

SEBAB KEENAM: untuk memperoleh sokongan kembali daripada orang yang dilike apabila membuat statement baru.

SEBAB KETUJUH: untuk menunjukkan anda sedang memerhatikan aktiviti2 facebook seseorang.

SEBAB KELAPAN: untuk memaksimumkan penggunaan facebook, maklumla benda like2 ni kan free....

SEBAB KESEMBILAN: untuk mencari undian dalam pertandingan2 tudung, baju kurung, busana muslimah, gambar couple, baby tercomel, bla..bla...bla.... 

SEBAB KESEPULUH: sebagai cara nak suruh orang datang usya dan like status kat wall dia sendiri.

aik???? tersesat plak!
bab sendri punya status dan komen, sendri pi like tu....aku x pasti. jenis syok sorang2 kot.

simpul simpulan bahasa sanskrit: meh le like entry ni plak..button kat bawah tu. ihik2~

Sunday, December 11, 2011

SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14

salam sahabat buat sekalian~

Sultan dan Sultanah Kedah
Buat pertama kali dalam sejarah negara kita dan dalam perjalanan Majlis Raja-Raja Melayu, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (83) akan ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong kali kedua. Selain itu baginda juga merupakan Sultan Kedah ke 27. Baginda sultan bakal ditabalkan sebagaimana jawatan yang disebut pada hari Selasa 13 Disember 2011 menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke-13. Baginda sultan pernah memegang jawatan tersebut buat pertama kalinya antara tempoh 21 September 1970 hingga 20 September 1975. pada waktu tersebut, baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-5. Kini setelah 36 tahun, baginda kembali memegang tanggungjawab tersebut bermula pada Selasa ini hinggalah ke tempoh 5 tahun akan datang.

sejarah hidup ringkas:
dari kiri; Sultan Abdul Hamid, Sultan Badlishah, Sultan Abdul Halim
Cucunda Sultan Abdul Hamid iaitu Sultan Abdul Halim, yang dilahirkan pada 28 November 1927, di Istana Anak Bukit di Alor Setar, menaiki takhta Kedah pada Julai 14, 1958, berikutan kematian ayahandanya, Sultan Badlishah. Beliau berkelulusan dari Wadham College, Universiti Oxford, di Britain, dengan ijazah dalam bidang sains sosial dan pentadbiran awam. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Kedah pada tahun 1950-an.

Baginda yang juga merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Tunku Abdul Rahman, terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang Di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.

                        
              
berikut merupakan Senarai 13 Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

  1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
  2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
  3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
  4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III
  5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
  6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra
  7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
  8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail
  9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullah
  10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
  12. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
  13. Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
  14. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
simpul simpulan bahasa sanskrit: TAHNIAH!

Saturday, December 10, 2011

DOWNLOAD BORANG BANTUAN ISI RUMAH 1 MALAYSIA (RM 500)

salam sahabat buat sekalian~

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline: 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel: belanjawan2012@treasury.gov.my
Perkhidmatan mulai 7 Disember 2011 (Rabu)
Bilik Operasi Bajet
Aras 10, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia
1-800-222-500 (Hotline)
03-8882 3786 (Faks)

DOWNLOAD DI SINI:
*sila extract guna winrar @ winzip selepas downlod

Mekanisma BR1M
1. Syarat Permohonan
Syarat Asas:
Warganegara Malaysia
Isi rumah berpendapatan kasar RM3,000 dan ke bawah sebulan

2. Dokumen yang diperlukan
Dokumen wajib:
Borang Pendaftaran BR1M
Salinan MyKAD / Kad Polis / Kad Tentera
Salinan Gaji (jika berkenaan)
*Nota – Penerima bantuan e-Kasih layak menerima bantuan

3. Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Kelayakan:
Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga
Definisi ketua isi rumah:
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

1) Warganegara Malaysia;

2) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah berpendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;
3) Sudah Berkahwin;
4) Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
5) Bujang tetapi mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
6) Warga emas (berumur 60 tahun ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah;

pendapatan bulanan hendaklah kurang atau sama dengan RM  3000

pendapatan bulanan hendaklah kurang atau sama dengan RM  3000

*SILA PRINT DAN SEBARKAN PADA YANG LAYAK SAHAJA.
simpul simpulan bahasa sanskrit:isi, jgn tak isi...takut peruntukan lesap kalau tak dituntut!

GERHANA BULAN PENUH (WAKTU MALAYSIA) 10/12/11

salam sahabat buat sekalian~

seperti telah di war-warkan di merata media, kita akan dapat menyaksikan gerhana bulan penuh bermula maghrib ni iaitu 10 disember 2011. berikut antara jadual fasa2 pergerakan proses gerhana yang bakal berlaku:


  1. Bulan memasuki bayang penumbra : 2011 Dec 10 7:31:37 malam
  1. Bulan memasuki bayang umbra : 2011 Dec 10 8:45:11 malam
  1. Bermula gerhana penuh : 2011 Dec 10 10:05:29 malam
  1. Kemuncak gerhana penuh : 2011 Dec 10 10:31:36 malam
  1. Berakhir gerhana penuh : 2011 Dec 10 10:57:45 malam
  1. Bulan menjauhi umbra : 2011 Dec 11 12:18:04 pagi
  1. Bulan menjauhi penumbra: 2011 Dec 11 1:31:30 pagi

jadi, prepare2 lah yer.. kalau nampak, aku nak rakam malam ni untuk uplode ke youtube. mintak2 x hujan. ^^
simpul simpulan bahasa sanskrit: cas betri video cam siap2.

Friday, December 9, 2011

PERUBAHAN WAJAH MICHAEL JACKSON 1972-2009

salam sahabat buat sekalian~

Michael Jackson atau nama sebenarnya Michael Joseph Jackson yang dikenali sebagai raja pop dunia memang mempunyai aura tersendiri. dia dilahirkan pada 29 ogos 1958 dan meninggal dunia pada 25 June 2009. gaya tarian, konsep pakaian, cara penyampaian lagu-lagunya, video-video klip lagu dalam albumnya yang menarik serta kisah2 hidupnya memang banyak mencetuskan fenomena di dunia. bagi aku, dia ni seorang yang berani membawa perubahan dalam bidang yang dia minati. perjalanan hidupnya nampak sedikit tertekan dan bagi aku, dia adalah mangsa masalah perkauman ataupun apartied di negaranya. kesan itu bukan saja pada emosinya, bahkan pada fizikalnya. jom kita tengok (KLIK UNTUK BESARKAN GAMBAR):

1972
1977
1980
1984
1987
1992
1993
1995
1998
2000
2001
2002
2004
2005
2007

2009






































dia meninggal dengan dibunuh oleh doktor peribadinya di saat baru nak mulakan konsert terakhirnya sebagai seorang muslim. dengar cerita konsert tu  adalah salah satu cara dia nak kembangkan islam. bayangkan kalau konsert tu jadi, dia nyanyikan lagu2 berunsur ketuhanan dan mengucap dua kalimah syahadah depan ribuan penonton? fikir2kanlah...
simpul-simpulan bahasa sanskrit: dasyat betoi...

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN PENJAWAT AWAM BAGI TAHUN 2012

salam sahabat buat sekalian~
jom pakat2 tengok...dan pakat2 senyum... kih3.....
dinyatakan sekali tarikh pembayaran:


simpul simpulan bahasa sanskrit: amacam? bole wat bajet bulanan dah la kan?

PEMAIN IMPORT DALAM LIGA MALAYSIA MUSIM 2012

salam sahabat buat sekalian~
sedar x sedar, dah banyak tahun x nampak awang2 import ataupun pemain import dalam senario bolasepak kita. last sekali kita tengok mungkin 2008 kalau x silap. semalam 8 .12 .2011 telahpun menjadi tarikh akhir pendaftaran pemain import dalam liga malaysia musim depan. tapi difahamkan FAM akan buka membuka semula pendaftaran kali kedua pada 6 hingga 20 April tahun depan.

Berikut adalah senarai beberapa pasukan yang menggunakan khidmat mereka bagi musim depan:



Kelantan FA
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghana)
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)




Terengganu FA
1. Jusio Nunis (Brazil)
2. Sibi Gwar (Nigeria)








Selangor FA
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (Congo)








Kedah FA
1. Daniel Baroni (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)







Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
2. Bruno Martelotto (Argentina)










Perak FA
1. Lazar Popovic (Serbia)
2. Michal Kubala (Slovakia)








Negeri Sembilan
1. Marquem Goncalves (Brazil)
2. Emmanuel Owona (Cameroon)








T-Team FC
1. Zacharia Simukonda (Zambia)
2. Bojan Petrit (Bosnia)









Sabah FA
1. Brendan Gan (Australia)
2. Michael Baird (Australia)







Sarawak FA
1. Kalle Sone (Cameroon)
2. Guy Bwelle (Cameroon)







 PKNS FC
1. Dawood Nicoise (Perancis)







Perlis FA
1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)
2. Lewis Henry (Sierra Leone)







simpul simpulan bahasa sanskrit: aku rasa x payah pon xpa awang2 ni....penyokong baru mula nak percaya kt pemain tempatan, FAM masukkan plak pemain import. hmmmmm~