yusufyaacub/panca-4dimensi: January 2012 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Friday, January 20, 2012

KERTAS MERAH KECIL SAYA

salam sahabat buat sekalian~

simpan dan terus simpan..
simpul simpulan bahasa sanskrit: sekeping kertas kecil sebagai peneman diri selama setahun lebih.

Thursday, January 19, 2012

PENGAWALAN MAKANAN

salam sahabat buat sekalian~


orite, entry kali ni ilmiah sikitlaa.. bab2 jaga kesihatan. hohoo...tiba2 je kan. mesti korang bayangkan aku ni obes kan2? deyy....berat aku 53 je..tu pon kalo bernasib baik sebab selalunya antara 50-52 jek. daaannn tinggi aku 6 kaki. kategori kurus lah tu kann..

orang kurus2 cam aku ni kena kawal pemakanan jugak ke? ehem2.. KOLESTEROL x mengenal angka berat tu ok. bak kata cerdik2 pandai, bila ada sesuatu x kena dengan badan kita, ia akan bagi reaksi. cuma samada kita sedar atau tak dan kita ambik serius atau tak je. dengan ini, aku tak ambik serius sebab aku takut jarum. arghhh!



serangan pertama aku kena masa form 3 study matematik dalam kelas. aku baru lepas jawab soalan yg cikgu tanya siap buat lawak lagi. tapi lost balance n collapse kat lantai. pastu agak kerap jugakla sepanjang zaman sekolah dulu. tapi x pasti la samada sebab makanan atau aku memang syot ke apa kan... masa aku study kat maktab pon banyak kali terjadi. first, masa aku sikat rambut nak pi kuliah.. dah siap pakai tie, stokin semua, pastu lost balance n collapse kat katil. ok2.. aku gitaula cemana rasa lost balance tu. dia umpama korang berdiri atas satu titi gantung yang bergoyang. badan korang cuba hentikan goyangan tu tapi dalam masa yang sama pandangan mata korang nampak segala yang ada ni tengah berputar dengan laju. time tu, korang xboleh nak anggar jarak untuk ambik apa2 objek, korang x boleh bercakap dengan betul dan korang rasa macam pusingan2 tu xkan berenti sampai bila2.


aku paling benci bila perkara ni jadi time aku kat luar. time aku makan pernah jugak, time aku mengajar kat sekolah pon pernah jugak. tapi Alhamdulillah blom pernah jadi time aku bawak motor atau drive keta. selalunya bila nak lega tu, akan rasa nak muntah. korang makan apa pon, badan akan reject semula. muntah itu adalah satu perkara yang meletihkan. percayalah, tali perut korang akan sakit sampai 2 hari atas sebab contraction.

tapi biasalah aku kan... dah ok tu, buat rutin biasa.. makan sukahati lagi.. untuk pengetahuan, aku memang tersangat jarang makan fastfood sebab aku x dibesarkan dlm family yg berada. so aku x pandai mkn makanan fast2 ni. peberet aku, makanan warung/ kedai makan tepi jalan... kira area rumah aku ni, aku dah tawaf semua kedai makan terdekat yg ada. bukan siang, tapi malam.

jadi kat sini aku nak tanya, ada x korang jadi macam aku? hehee.. atas sebab masalah2 ni, aku dah gariskan beberapa punca (aku x pegi cek kat doktor, takut). 

1. aku terlalu jarang breakfast
2. aku makan tengah hari ikut mood, aku suka aku makan. aku malas, aku tak makan

3. aku kuat makan sebelah malam. paling kurang pon 2 kali.

sebenarnya memang x elok kan makan sebelah malam ni... semua orang tau. tapi tu dah habit aku... inila masalahnya.....bagi aku, susah nak ubah perangai makan 2-3 round 1 malam ni. tambah- tambah time cuti. memang dugaan terbesar lah.

atas sebab2 ni lah aku cuak. dan bertambah cuak lagi bila aku tersedar bulan disember 2011 aritu, ada 2 line hitam kluar kat kuku aku. cakap2 orang, katanya tu tanda masalah organ dalaman. tu cakap orang, melalui artikel2 tenet, katanya tanda2 salah satu kanser. 

itu semua cakap2 org dan cakap2 artikel saja... byk jugak artikel suruh pegi tanya doktor.. standart la tu kan? tapi aku ni jenis takut jumpa doktor. aku patah tangan dulu, cari bomoh je. kepala berlekuk ni pon sebab terpaksa kena jahit. itu pon x check ada darah beku x sebab aku pi klinik desa je. tulang belakang yang aku injured ni pon aku dapatkan pengesahan doktor lepas 4 tahun kejadian. tu pon sebab kantoi dgn akak aku. surat doktor yang xbagi aku main sports, angkat benda berat dan sgala aktiviti lasak pon aku pernah ada okeh. x-ray yg menunjukkan tulang belakang aku tu retak pon aku ada. tapi aku x lapor pon kat maktab..kalo aku lapor, apa pon aku xbley buat. ingat lagi time aku join fight silat olahraga 2010, aku cuba limit je.. masa semi final, aku dah zero.. so aku dah xmain silat olahraga. mahal 'harga' yang kena bayar kalo terus main tu. silap2 jadi usop whilchia. hahaa~

okeh, nasihat kat sini, utk mreka2 yang senasib... sama2 la kontrol makan tu ok.. kepuasan sekejap saja... derita ke hujung nyawa. sobs3~

simpul simpulan bahasa sanskrit: tergelincir masa kat bilik air tadi.. sakit gila kat tulang tuhhh

Sunday, January 15, 2012

HAMSTER KIUT MAIN WHEEL & MAKAN

salam sahabat buat sekalian~
comel tak aku lukis gambar Prue? ;)

kali ni aku nak letak video pulak. video hamster2ku yg comel+mel3.



simpul simpulan bahasa sanskrit: rasa mcm nak beli plastic container yang besar tu buat cage dia. heheee

Thursday, January 12, 2012

TEMAN BARU: PRUE & PUMI

salam sahabat buat sekalian~
Prue dan Pumi
woohhh lamanya x update blog... boringla, keja banyak dan banyak benda nak pikir. untuk menenangkan otak ni, aku membeli binatang. jeng3...apekah itu? dia kecik2 berbulu...tidak bersayap.. hamster(chaisss...). ok2 aku taw hamster x popular mana dah sekarang ni.. zaman 90 an dulu memang famous dengan hamster syria. tapi aku peduli apa famaous ke tak, janji aku boleh bela genggam2, picit2. huhuuu...


(yang kiri tu sangkar kecik aku dah gabung, kanan tu Prue. jinak kan??)
awalnya aku nak beli sekor saja dan letak dalam sangkar kecik yang aku dah ada ni. tapi bila gi kat kedai, aku nampak ada sangkar kecik jugak siap set wheel+botol air+bekas makan berharga RM19. jadi, lebih berbaloi sebabnya kalau beli asing2, wheel+botol air+bekas makan tanpa sangkar cecah RM19 jugak. hamster aku dari jenis winter white (variasi pearl white). sekor RM18 dan masa aku beli, pekerja kedai tu kata itu betina.




(yang kiri tu bathing sand perisa oren, kanan tu bathing tub)

lepas 2 hari, aku kesian pulak tengok dia sekor2 dok main wheel. lepas kuliah, aku pun dengan duit yang ciput ini pergilah membeli lagi sekor kat kedai yang sama. elok sampai ja kat kedai tu, aku terlupa jantina hamster aku. arghhhhh!!!! jadi aku beli sekor lagi betina+ bathing sand+ bathing tub. terbang dekat2 RM30 jugakla..

masa aku balik rumah, aku check sendiri jantina kedua dua tu. puhh.. rupanya hamster first yang aku beli (PRUE) tu adalah jantan. yang aku beli selepas tu (PUMI) adalah betina. agak susah nak beza jantina spesis ni sebab dia jenis dwarf dan kecik sangat. bayangkan, celah lubang botol air mineral pun dia boleh lepas. tapi boleh dikatakan kedua dua ekor ni masih lagi muda. rasanya x sampai sebulan lagi kot umurnya. lepas sebulan, hamster spesis ni akan matang. cepat wooo....

jadi, aku dah dapat teman sebilik dengan harga kos +- RM 80. amat bajet bukan?? 

teringin nak sangkar camni. RM95 kot. next time maybe.

simpul simpulan bahasa sanskrit: dorang bulat2 saja.... ^^