yusufyaacub/panca-4dimensi: February 2012 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, February 25, 2012

KENDERAAN ALAF BARU

salam sahabat buat sekalian~
aku ada terbaca kat harian metro pasai kenderaan ni.. aku pon tak tau nak panggil apa.. motor bukan, kereta pon bukan. tapi stail.... jom tengok sikit....










smart kan? kenderaan ni keluaran Lit Motors sebuah company dari San Francisco, California Amerika Syarikat. diorang mencipta C-1 ni dengan begitu inovatif. walaupun dua tayar, kenderaan ni xkan terbalik kerana adanya sistem gyroscopic yang membolehkan kenderaan ni seimbang walaupun berhenti atau kemalangan. dengan kata lain, selagi sistem gyroscopic ini bergerak, selagi itulah ianya tetap tegak. wew.. jom tengok cara dia berfungsi plak.

simpul simpulan bahasa sanskrit: sesuai untuk keadaan panas dan lembab sepanjang tahun. ^^

Friday, February 17, 2012

MELAHIRKAN ANAK SEBAGAI PENGHAPUS DOSA

salam sahabat buat sekalian~


kali ni nak share sedikit info..mungkin dah ramai yang dah tau.. mungkin juga yang belum tau, atau yang masih buat2 taktau. aku baru dengar ceramah dari seorang ustaz yang jugak lecturer aku. dia pegi bagi ceramah kat sekolah aku praktikum. dah ada Phd tau..haaaaa.....

terdapat satu rahsia yang tidak dipentingkan kebanyakkan wanita Islam kat Malaysia nih. dan rahsia ni cukup2 bagus tapi tiada pada lelaki. kalau la laki tau, laki pon teringin nak jadi perempuan.hahahaaa... 

"Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya."

bermakna, bila wanita itu beranak 1 kali, proses dia menahan kesakitan kelahiran tu akan MENGHAPUS SEGALA DOSA2 dia sebelumnya itu. untung kan?? bestnya jadi perempuan....jadi isteri...jadi ibu.....kan3??

tapi...masih ramai wanita mengeluh.."semua kita nak kena buat, sikit2 perempuan. sikit2 perempuan jugak yang kena. suami buat apa???"...

inilah masalahnya... Allah dah bukak pintu syurga seluas-luasnya, semudah-mudahnya pada wanita2 Islam yang mampu guna akal dan kawal nafsu apabila dia bergelar Isteri dan Ibu. baik, apa tanggungjawab seorang Isteri dan Ibu??
ADA 3:
1. Melayan suami
2. Melahirkan anak
3. Mendidik anak

ok, itu tanggungjawab mereka. apa pulak 4 SYARAT yang mudah untuk masuk syurga tu:
1. solat 5 waktu
2. berpuasa di bulan Ramadhan
3. memelihara kehormatan(aurat/perilaku)
4. MENTAATI SUAMI
"Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad bersabda: “Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki,” Riwayat Abu Na’im." 
hahhh....itu jekkk???? yang ni yang utama...yang sampingan lain2 tu tak sewajib yang ni.. jadi, 3 perkara ni ok je kan? rasa2 adil tak untuk kaum lelaki? haa....xperlu jawab lagi.. jom kita tengok sebelah laki2 pulak.

ZAMAN KANAK2
LELAKI & PEREMPUAN:  dosanya, ayah yang tanggung
BUJANG (BALIGH)
LELAKI: Tanggung dosa sendiri
WANITA: dosanya, ayah yang tanggung
BERKAHWIN:
LELAKI: Tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan anak lelaki yang belum baligh. BERAT BUKAN?!
WANITA: Dosanya, suami yang tanggung.
TANGGUNGJAWAB:
LELAKI: Hukum menjelaskan anak LELAKI perlu bertanggungjawab ke atas ibunya. Berdosa baginya jika tidak menjalankan tanggungjawab terutama anak lelaki yang tua.
WANITA:   Hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepada si isteri. Buat jahat, dosanya ditanggung suaminya.



woooowwww.....BUKAN MAIN PAYAH NAK DAPAT SYURGA... UNTUNGLAAAA PEREMPUAN... tapi!! kenapa ada hadis yang mengatakan wanita lebih ramai masuk neraka berbanding lelaki? seperti yang aku katakan tadi.... andaikata wanita boleh kawal nafsu dan akal dengan baik, Insyaallah akan dapatla syurga.... kebanyakkan yang ada sekarang ni, walau dah bergelar isteri, auratnya tak dijaga walau ditegur suami, perangainya suka bersosial walau ditegur suami, berjumpa sana sini dengan bukan mahram walau ditegur suami... memanglah kesalahan2 itu akan dipertanggungjawabkanb dosanya pada si suami, tapi INGAT! si suami dah pun menegur dan yang MENGINGKARINYA adalah si ISTERI. sebenarnya, dosa MENGINGKARI cakap suami inilah yang cukup besar buat para Isteri.
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “KAMI BANYAK MENGUTUK DAN MENGINGKARI SUAMI. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

jadi ... korbankanlah sedikit egomu, sedikit kepentingan duniawimu, sedikit kemahuan nafsumu wahai para wanita dan isteri. sesungguhnya para lelaki dan suami lebih dahulu mengorbankan segalanya pada kamu dan pada orang di bawah tanggungjawabnya.

"aku tak kisah isteri aku nanti masuk syurga lebih awal dari aku. ^^"

simpul simpulan bahasa sanskrit: i wanna only a great wife, i'm willing to be a great husband.

Wednesday, February 15, 2012

SYARAT MEMAKAI TUDUNG MUSLIMAH

salam sahabat buat sekalian~
nak share satu topik yang cukup jelas penjelasannya. memang best!

CONTOH2 TUDUNG TERKINI:




JOM DENGAR APA KATA USTAZ DON:

 BERFESYENLAH MACAMANA PON ASALKAN CUKUP 4 SYARATNYA...
simpul simpulan bahasa sanskrit: ^^

Saturday, February 11, 2012

SANGKAR HAMSTER D.I.Y

salam sahabat buat sekalian~
lama x update blog.. sibuk dan xda mood. aku nak tunjuk sangkar hamster 3 tingkat yang aku dah buat sendiri.

sebelum barang2 dimasukkan
sebelah kiri dan kanan untuk tingkat tengah
tempat main sebelah atas dan bawah
tadaa! ni la rupa yang dah siap! ukuran: 37x54x25 (cm)
pengiraan kos:
FOOD CONTAINER: RM 15.90 X 3
TUNNEL SET: RM 27.00
2 WHEELS+ DRINKING BOTTLES: RM 28.00
2 AQUARIUM DIVIDER HOLDER: RM 2
FOOD BOWL: RM 4.00
BATH TUB: RM 3.80
TOTAL: RM 112.50

simpul simpulan bahasa sanskrit: WHEEL NIH AMAT SENYAP!