yusufyaacub/panca-4dimensi: March 2012 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Thursday, March 29, 2012

ASAL USUL NAMA WATAK UTAMA NINJA TURTLE

salam sahabat buat sekalian~
AHAA... aku nak berkongsi sebuah info yang dah basi. keh3. aku taktaula samada korang dah tau perkara ni. 4 watak utama ni namanya  pelik2 sikit kan? sebenarnya nama2 ni x sesaja diguna, tapi asal dari artist2 terkenal zaman Renaissance dulu. cemana aku tahu? sebab aku study seni dan sejarah2 seni barat. bila aku banyak membaca pasal kebangkitan seni zaman Renaissance dan Rome, aku terjumpa beberapa tokoh2 besar ni. so, aku carila maklumat tambahan bagi setiap satu yang ada. ok, jom tengok sorang2.



Raphael diambil daripada nama seorang pelukis dan arkitek bernama Raffaello Sanzio da Urbino. Raffaello Sanzio da Urbino (6 April atau 28 Mac, 1483 – 6 April, 1520), lebih dikenali sebagai Raphael, merupakan seorang pelukis catan Itali dan arkitek pada Zaman Renaissance Tinggi. Lukisan bentuk badan manusia yang lemah-gemalai dan gubahannya yang berketerampilan itu mempengaruhi para ahli seni lukis sehingga awal tahun 1900-an.





Leonardo diambil daripada nama seorang pelukis dan arkitek masyur iaitu Leonardo da Vinci. Dia telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagatnya sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Dia juga dikenali kerana ciptaan yang dibuat sebelum zamannya tetapi tidak pernah diterbitkan semasa hidupnya. Tambahan lagi, dia membantu memajukan pengajian mengenai anatomi, astronomi, dan kejuruteraan awam.

Donatello diambil daripada nama seorang pengarca Itali yang bernama Donato di Niccolò di Betto Bardi. Donato di Niccolò di Betto Bardi (sekitar 1386 - 13 Desember 1466), juga dikenal sebagai Donatello, adalah seorang seniman dan pengarca Itali dari Firenze pada awal abad Renaissance. Ia dikenal sebagai salah satu pengarca terbaik pada zamannya. Ia menggunakan tips khusus dalam teknik mematung yang membuat karyanya terlihat sangat realistik.





Michelangelo diambil daripada nama seorang pengarca, pelukis, arkitek dan pemuisi bernama Michelangelo di Lodovico Buonarroti. Michelangelo di Lodovico Buonarroti (6 Mac 1475 – 18 Februari 1564), lebih biasa dikenali dengan mudah sebagai Michelangelo, masyur pada Zaman Pembaharuan Itali. Seorang seniman yang amat serba boleh, beliau sering dianggap sebagai pesaing untuk gelaran "tokoh arketip Zaman Pembaharuan", bersama-sama dengan Leonardo da Vinci, pesaing setempatnya di Florentine.




JOM TENGOK KARYA TERHEBAT MEREKA:

KARYA MICHELANGELO

KARYA DONATELLO

KARYA LEONARDO

KARYA RAPHAEL
simpul simpulan bahasa sanskrit: penyu glemer...

Sunday, March 18, 2012

IKLAN PERMOHONAN PISMP AMBILAN JUN 2012

salam sahabat buat sekalian~
ok, tadi aku tercari cari artikel dalam berita mingguan membabitkan pengiklanan tawaran masuk PISMP Ambilan Jun 2012. tapi habuk pon tadak. maknanya kat internet masih belum ada artikel mengenainya. bahkan di laman web moe.gov.my (kementerian pelajaran) pon masih belum keluar iklan itu. dikatakan sebelum ini, takkan ada ambilan PISMP untuk lepasan2 SPM kerana memberi peluang pada guru2 GSTT mendapat tauliah dalam program yang sama. boleh jadi kerajaan mengubah plan sekarang. 
so, aku ternampak ada satu keratan akhbar dari sumber berita mingguan bertarikh 18 mac 2012 untuk dikongsi pada adik2 yang baru mendapat keputusan spm 2012.


aku x pasti dengan iklan ini sebab berita sebelum ini bercanggah dengan iklan ni. tapi apa pun, dinasihatkan selalulah check laman web kementerian pelajaran sebelum membeli nombor pin dari bank. aku mohon tahun 2007 dulu. alhamdulillah sekarang di final year sebagai guru pelatih. ^^

simpul simpulan bahasa sanskrit: macam2 hal lah jabatan kerajaan nih... RRRAMAI SANGAT NAK JADI CIKGU YE?

Friday, March 16, 2012

RESEPI- MENTARANG BERSOS HALIA

salam sahabat buat sekalian~
ALOHA~ tadi aku on da way nak balik ke perlis dari kedah. atas moto tu aku dok pikir2 nak makan apa la malam ni. lauk dah xdak. pastu aku teringat kat jambatan kampung jeruju tu ada jual ikan dengan mentarang. kat situ tiap2 hari ada. jadi aku pon beli la mentarang sekilo rm7. banyak jugakla. gemok2 belaka. orang tau apa itu mentarang? x semua tempat ada spesis ni. kat kuala2 dan pantai2 berlumpur saja yang banyak. selalunya negeri2 sebelah selat melaka ni. nak tau cara prepare dia? jom.

 1. ni rupa mentarang sebelum dicuci. berselut lagi ni, jadi kita kena rendam dengan air paip.

 2. rendam selama sejam kalau boleh perah je limau nipis ke purut ke. nanti mentarang akan luahkan sisa2 lumpur dalam perut tu.

 3. cuci bersih dengan menggunakan berus sental baju tu. haa...putih macam guna fair n lovely.

sekarang part memasak. ini adalah resepi sendiri. resepi masak sambal dan rebus tu dah biasa sangat. kita tengok bahan2 yang aku guna dulu k.
1. bawang besar dimayang
2. bawang putih dimayang
3. halia dihiris nipis dan panjang
4. serai dihiris nipis
5. cili padi dicincang
6. cili kering dicincang
7. air asam jawa
8. sos cili
9. lada hitam ditumbuk
10. serbuk kulit kayu manis
11. gula dan garam.

ok..cara masak? ada 2 peringkat.
peringkat pertama:
1. tumiskan bahan 1 dan 2.
2. masukkan mentarang dan bahan 3, 4, 5, 6. goreng sampai air keluar
3. biar mentarang masak bersama airnya tu.
4. angkat mentarang dan biarkan separuh saja airnya kat dalam kuali. selebihnya buang je(kalau banyak sangat).
peringkat kedua:
1. masukkan sedikit sos (untuk pemekat saja)
2. masukkan bahan 7, 9, 10, 11, 12.
3. tunggu sehingga mula pekat, masukkan kembali mentarang tadi bersama bahan yg dimasak sekali.
4. gaul sehingga kuah betul2 pekat dan menyalut mentarang.
5. sedia dihidang. ^^

rasa dari halia dan serai tu memang terbaikla... wangiieee jek.
simpul simpulan bahasa sanskrit: ha? pi masakla.

Wednesday, March 14, 2012

KONSEP LALUAN ILMU


salam sahabat buat sekalian~

secara ringkasnya aku nak berkongsi pendapat aku dengan para pembaca sekalian. aku bukanla pandai sangat, tapi sekadar nak berkongsi kepelbagaian pendapat antara kita yang suka memikir nih. perkara yang aku nak bincang ni ada sedikit melibatkan agama, ada sikit secara umum sentuhannya, jadi atas koranglah nak membezakan kedua dua tu ye.


sebagai muslim, kita dah faham benar dengan sumber utama ilmu kita yakni Allah. dan Allah telah menurunkan kitab2 terdahulu pada zaman nabi2 sebelum Muhammad. untuk kita, memang bertuah mendapat al -Quran yang lengkap merangkumi semua kitab2 sebelumnya itu. jadi di sini, inilah sumber ilmu Islam pertama dari Allah kepada manusia yang diberikan melalui Nabi Muhammad. kita juga diberikan akal untuk berfikir dalam proses pencarian ilmu. jadi, bagaimana ilmu itu boleh ada dalam diri? bagaimana pula konsep ilham spontan? jadi, untuk memudahkan kefahaman, aku buat 2 situasi kat sini.

situasi pertama (bayangan):
anda perlu berlindung dalam sebuah bilik yang berkunci. anda kemudiannya diberikan sebentuk kunci. anda tidak tahu gunakan kunci tersebut. anda meminta pertolongan kenalan yang arif dengan penggunaan kunci itu untuk membuka pintu bilik lalu anda dapatlah melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. anda dapat berlindung dalam bilik tersebut dari beberapa ancaman. dalam bilik tersebut anda jumpai dua lagi anak kunci untuk membuka dua pintu lain yang ada dalam bilik tersebut. anda cuba membuka pintu yang pertama dan terlihat anak2 kunci yang banyak tidak terkira. anda buka pintu yang kedua tadi dan anda terlihatkan anak2 kunci yang banyak tidak terkira juga. pada kedua dua pintu yang dibuka tadi terdapat pula terlalu banyak pintu2 lain spanjang lorong laluannya. anda boleh memilih untuk membuka kesemua pintu yang ada dalam lorong pintu pertama atau dua, atau kedua duanya sekali.


situasi kedua (penerangan):
anda perlu berlindung dari maksiat dan kemungkaran agar diri sentiasa berada di jalan makruf. diri yang baik itu datang dari hati yang baik. hati yang baik itu umpama bilik yang dikunci pintunya. dan pintu itu adalah hijab yang menyukarkan anda untuk menyucikannya. anda diberikan al-Quran yakni sebagai kunci untuk menyucikan hati. al- Quran mempunyai pelbagai rahsia oleh itu anda memerlukan seseorang yang arif yakni guru yang dapat membantu matlamat anda itu. apabila anda melangkah masuk ke dalam bilik, bermakna anda berjaya menggunakan ilmu2 daripada al-Quran untuk menyucikan hati dan kemudiannya menemui ruang yang luas iaitu Qolbu. Qolbu lah gedung ilmu ibarat bilik yang terkunci. segala rahsia tersimpan di dalamnya. tiada apa yang mustahil kerana ia adalah kuasa Allah yang Maha Esa. terdapat pula 2 anak kunci dan 2 pintu itu yakni 1 jenis ilmu untuk mencari keduniaan dan 1 jenis ilmu untuk mencari akhirat. apabila anda membuka kedua dua pintu itu, anak kunci yang bertaburan dan pintu yang tidak dapat dibilang itu umpama betapa banyaknya ilmu Allah taala yang masih belum anda teroka. jadi, anda dapat memilih keduniaan, akhirat, atau kedua duanya serentak.

rumusan:
Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati “

hati inilah JIWA, hati inilah QOLBU kita. tanpa ilmu jiwa kosong, tanpa ilmu qolbu kering. isi dan siramilah dengan ilmu2 yang berkat, bersumberkan Al Quran dan as Sunnah dan juga pemikiran yang tidak menyalahi syarak. gunakan akal sebaik mungkin dalam perkara2 yang diperlukan agar tercapai keredhaan yang diimpikan.

simpul simpulan bahasa sanskrit: jagalah hati, jgn kau kotori..jagalah hati, lentera hidup ini..

Official Proton P3-21A Teaser Video Combined!

salam sahabat buat sekalian~

proton sekali lagi dengan gahnya nak melancarkan model baru yang x bernama lagi sepertimana yang korang dah tau kan. dan harini ada beberapa video teaser official dah dikeluarkan proton. bagi aku, kereta ni lain dari yang lain(untuk model2 protonlah). aku dah tengok semua video2 teaser kat youtube tuh. dah aku rasa malas nak bukak banyak2. jadi aku combine. senang...kikikii.. ENJOY!

info awal mengatakan kereta ini menggunakan enjin CFE 1.6 turbo seperti pada Exora Bold Premium,. Transmisinya pula guna sistem CVT dan berkeupayaan sehingga 7 tahap kelajuan. Sportrim pula bersaiz 16.  spec proton P3-21A dari sudut keselamatan yang lain seperti kelengkapan ABS, airbag, EBD, ESC. cuma aku xpasti ada berapa jenis variant akan dikeluarkan.
bab electronic inovation memang nampak bagus. harapan aku agar enjin CFE kat kereta ni x dipasang oneway valve seperti pada VVT CFE Exora Bold Premium tu. Valve tu buat enjin bunyi bising masa nak start pagi2 sebab minyak kering kat situ (kata forumer2 la). krank3 bunyi dia~

simpul simpulan bahasa sanskrit: taun depan kerja! hmmmmmm

Tuesday, March 13, 2012

BELAJAR IKAT TALI LEHER!

salam sahabat buat sekalian~
ok, masuk tahun ni dah berbelas tahun aku ikat tali leher. haduii.. tapi aku cuma pandai ikat 2 cara saja. jadi, bagi yang belum pandai ikat, atau nak ikatan yang berlainan spesis, bolehla try. pada kakak2 isteri sekalian pon bolehla belajar ikat tali leher kat cik abang. baru romantika de' amore..



simpul simpulan bahasa sanskrit: jangan buat tali jerut pulak...

Saturday, March 10, 2012

HADIAH PERKAHWINAN UNTUK RAKAN SEKELAS

salam sahabat buat sekalian~

Alhamdulillah, selesai jugak lukisan ni, dan dah pun diserahkan pada nor aishah (classmate aku) tepat jam satu petang 9 mac 2012. sebenarnya aku bagi kat member dia. dia xda kat rumah masa tu. hahaa.. hadiah ni adalah sempena perkahwinan mereka pada 4 mac 2012. walaupun timing ada sikit lari, tapi berjaya jugakla siapkan. bukan apa, aku tengah sibuk tahap kritikal dengan kerja2 praktikum aku ni. masih ada 6 minggu untuk habiskan praktikum di SK SEBERANG RAMAI Kuala Perlis, Perlis. time tu pulak sibuk dengan meeting PIBG la, meeting silat la, esaimen aku lagi.. huhh.. 
         kiri: nor aishah                                   kanan: hafiz (senior aku tahun 2010)

oleh sebab tak sempat, aku pegi kedai frame depan rumah ni untuk dia buat frame tanpa gambar dan bersaiz A3. dalam masa dia nak siapkan frame untuk aku ambik pada 12.30 tengah hari esoknya, pada malam  itu jugak aku siapkan potret ni. pukul 3 pagi baru siap! hahaa.. so, nak terima kasih pada Noor Atikah Baba sebab sudi mencilok gambar aishah dan hafiz tanpa pengetahuan mereka. kih3...

simpul simpulan bahasa sanskrit: mural kat sekolah tu belum siap.. ahh... projek terbesar aku dalam tahun ni.

Friday, March 2, 2012

REVIEW MODENAS ACE 115

salam sahabat buat sekalian~


seperti yang dah diketahui, Modenas sudah melancarkan satu lagi model motosikal terbaru. melalui beberapa pembacaan aku, ramai jugak yang kondem motor keluaran tempatan ni. heran jugak aku.. tahap yang macamana diorang nak??? bagi aku x kisahla pendapat diorang. kalau keluaran modenas ni teruk benar bagai dikata, dah lama bungkus kilang kat gurun kedah tu. percayalah walau apa pon motor yang kita guna, baik penjagaannya, baikla keadaannya kan.....

dari sudut design, ace telah keluar dari pattern rutin modenas untuk model2 kapcai sebelum ini. ace tampak lebih garang, sesuai dengan zaman, sesuai dengan sasaran market. alah...masa yamaha lc keluar dulu pon ramai jugak yang komplen dia punya design x lawa...nampak macam skuter.. last2, ramai jugak yang beli. siap jadi hot item geng2 pencuri motor.


lampu depan dia aku suka sebab besar dan terang. panel meter pon senang baca..nice n clean saja..


 yang menariknya, ace ini mempunyai enjin 120cc tapi dihighlight sebagai 115cc. exzos pon menarik dari segi design. bunyinya aku x pasti.


ramai orang kata design covershoot ni nak lawan yamaha lc la...yamaha lagenda la.... biarla dia nak lawan apa pon. apa masalahnya? kalau buat design buruk2, orang kata design x up to date plak. memang itu kan strategi persaingan perniagaan. habeh, korang ingat motor lain tu x bersaing dengan company lain? diorang masuk Malaysia pon atas sebab diorang dah bersaing dengan company lain dalam market negara2 besar seperti India, China, Thailand, dan indonesia. pastu baru berani diorang masuk Malaysia. itu sebab kebanyakkan model motor ada yang lewat masuk market Malaysia dan ada yang x masuk2 langsung.

bagi aku, ace memang satu revolusi. sebab ciri2 skutcai seperti yamaha nouvo ada padanya, bermakna ia automatik. menggunakan rim bersaiz 16 inci tetapi ditambah baik dengan suspensi monoshock serta didatangkan dengan sportrim dan juga brek cakera hadapan.

apa yang aku nampak, ace ada potensi untuk dimodifikasi. SYABAS MODENAS!
simpul simpulan bahasa sanskrit: motor kriss 110 aku dari tahun 1996. first model lagi. 2012, xda masalah..