yusufyaacub/panca-4dimensi: April 2012 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Sunday, April 29, 2012

MURAL AIR TERJUN

salam sahabat buat sekalian~

selama 20 jam aku peruntukkan untuk siapkan mural ni. tapi aku takdalah buat direct 20jam tuh.. ingat aku buat rekod Malaysia ka apa? 20 jam tu aku collect sikit2 dalam masa 9 hari. ada hari aku buat dalam 2-4 jam camtu. bergantung pada cuaca dan keupayaan diri aku yg sentiasa xbrapa nak ok nih. penah satu hari tuh aku dekat2 nak collapse lepas buat mural ni direct selama 3jam. pastu cikgu pembimbing aku hantar aku balik rumah sewa. hahahaaa...
tak banyak la aku nak cerita bab mural ni.. cuma aku nak cakap, guru besar sekolah ni memang sempoi dan supportive tahap gaban. TERIMA KASIH KERANA MEMPERCAYAI KEUPAYAAN SAYA. waktu aku propose utk buat satu mural kat Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai, Kuala Perlis, aku tak cakap pon aku dah biasa buat mural atau memang giat dalam bidang seni. just mintak pendapat dia kalau dia izinkan, dia tanpa banyak soal terus tanya nak buat mural yang bagaimana, di mana, dan dia offer untuk guna duit sekolah beli cat tanpa perlu buat kertas cadangan. tabiat aku ni plak pelik sikit. bila aku diberi sedikit kepercayaan tanpa ada halangan, aku akan buat terbaik selagi mampu. dan hasilnya seperti ini.. harap semua suka dan semua dapat melihat bahawa seni visual mampu mengubah MOOD SEKOLAH dalam gaya tersendiri.

rakan sepraktikum sedang seronok main air terjun. hahaa
aku dan ustaz Wan Asri, seorang guru praktikum J-QAF
harap semester depan akan buat satu atau dua lagu mural bersama guru semasa program INTERNSHIP di sini.

simpul simpulan bahasa sanskrit: ada GB2 yg nak aku berkhidmat di sekolah mereka? sila buat surat sokongan kepada KPM sekarang. anda akan dapat mural bernilai ribuan ringgit secara percuma setiap tahun. hahahahaa~

Saturday, April 21, 2012

PTPTN- HARAM @ HALAL?:

salam sahabat buat sekalian~






sekadar pandangan sahaje..
memetik kata2 mufti pahang yang keluar dalam berita harian bertarikh 20 april 2012, "Beliau berkata, mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
"Haram hukumnya mengikut Islam dan berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman".
di sini, umum dah tahu walaupun kalau tidak disebut oleh mufti skalipun, BERHUTANG MESTI WAJIB BAYAR! tapi isu timbul bila sumber hutang itu adalah wang PTPTN. dan isu sebenar yang cuba disampaikan orang adalah PTPTN ada unsur riba sebab bunga yang tinggi. jadi, umum mempertikai hukum bayar hutang dari sumber yang mempunyai riba. 
baik, kita tengok hadis yg pertama.


jadi, siapa yang nak berhutang? siapa yang setuju memberi dan menerima hutang? dalam kes PTPTN, tentulah antara PTPTN dan student tu sendiri. deyy..kau dah sain agreement, so kau setuju la berhutang atas sumber wang riba yang kau canang2 tu. pastu kau tanak bayar atas alasan sumber tu riba. wang tu haram..jadi kau rasa wang haram pinjaman kau tu tak layak untuk dibayar balik?

aisey....aku bagi contoh simple la kan.
1. KITA TERDESAK TAKDA DUIT DAN NAK PINJAM PADA RAKAN YANG BUKAN MUSLIM.
2. RAKAN KITA BAGI PINJAM RM1000 DENGAN PERSETUJUAN PINJAMAN BAYARAN BALIK RM1050 SEBELUM GENAP SATU TAHUN.
3. KITA SETUJU SEBAB KITA DAH TERDESAK SANGAT, SO RAKAN KITA BUAT SATU AGREEMENT DAN TURUNKAN TANDATANGAN MASING2.

bila dah cukup masa, rakan kita datang dan mintak wang.
1. "kawan, wang yang pinjam dulu boleh bayar sekarang tak? ikut agreement, dah sampai masa ni."
2. kita: "ada..boleh bayar. RM1050 kan? tapi kan, saya x mahu bayar lah. sebab kau kenakan bunga RM50. itu sudah riba. haram hukumnya. jadi buat apa aku nak bayar pada kau yang amalkan riba?"
3. "alamak kawan...itu riba ka, apa ka..saya taktau laa.. kawan sudah pinjam sama saya. kawan kena bayar jugak la."
4. kita: "ehh..apa plak? xleh2..tuhan aku marah subahat dengan wang2 riba ni."
5. "aloo kawan... ITU MASA KAU PINJAM DULU KAU TADAK CERITA ITU RIBA2 PON? KAU AMBIK JUGAK AKU PUNYA DUIT APA PASAI? masa kau ambik, kau ingat kau tak subahat ka? masa bayar baru mau ingat subahat?"

baik kat sini kita nampak kan persamaan pinjam PTPTN dan kat contoh rakan yang aku bagi tadi? ok.. jadi clear la kan di sini, kalau kita xnak subahat mengamalkan riba, janganla ambik duit PTPTN tu. kita guna je sumber lain, duit mak bapak je, adik beradik, jual tanah  pusaka ke semata mata nak belajar tinggi2. betullah apa yang mufti tu cakap, sebelum kita berhutang kita boleh buat pilihan samada nak atau taknak. bila dah nak dan ambik dan guna dan tak bayar- HARAM LAH HUKUMNYA. kita kena paham, ada 2 perkara berbeza di sini. 1- haram pada objek (wang riba) 2- haram pada perbuatan (tak bayar hutang). kalau kita kutuk orang amalkan riba, kita pulak x bayar hutang dia bermakna kita dan dia sama2 HARAM JAD**. HAHAHA!

simpul simpulan bahasa sanskrit: kalau macamni pon xpaham2 lagi, maknanya lingkupla bangsa aku nanti.. ish3....

VIDEO REKOD MALAYSIA- SILAT 24 JAM TANPA HENTI

salam sahabat buat sekalian~

Merujuk kepada entry sebelum ni (PERHIMPUNAN DAN MEMECAH REKOD PERSEMBAHAN SILAT 24 JAM TANPA HENTI), aku dah siap menghasilkan satu video laporan ringkas. haritu videonya blom sempat nak buat. maklumlaa sibuk tahap gaban katakan.....



simpul simpulan bahasa sanskrit:OK LA KAN... syabas Panglima Ulung!

Thursday, April 19, 2012

GENDANG TONG SAMPAH

salam sahabat buat sekalian~

orite, kali ni aku nak buat tutorial hasilkan gendang tipu2 daripada tong sampah. gendang ni adalah imitasi daripada gendang asli. aku buat ni untuk kegunaan persembahan peringkat kebangasaan student2 skolah aku bagi program bulan mei nanti. gendang ni adalah rekaan asal daripada PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI PERLIS (PSKPPs). oleh sebab aku bukan cikgu asal yg dipertanggungjawabkan utk buat gendang ni, jadi aku x pernah pegi kursus yg JPN anjurkan. si PK KOKO aku yg steady itu telah mintak tolong aku untuk buat bendatang ni, so di bagi gambar potostat cam kat bawah ni untuk tengok. semalam, kami dua org pegi meronda pekan Kangar untuk cari kain batik murah2. satu lai kain batik bleh buat dua biji gendang. kami kena buat 12 biji , so kami beli 6 lai kain batik. bila dah ready semua barang, aku buat berdasarkan gambar potostat yg diberikan saja. segala cara dan kaedah nak pasang benda ni dari A to Z, terpaksala aku pikiaq sendiri. kalau x sekemas yang geng pergi kursus tu, jangan marah yer.. ^^

gambar potostat dari PSKPPs
jadi, mari kita buat sekarang:
1. anda perlukan kain batik murah semua benda ni:

 2. mula2 kita potong kain batik memanjang kepada 2 bahagian. sapu gam pada badan tong sampah. then apply satu bahagian kain batik tadi pada body tong yg dah digam tu. lebihan kain kat bawah bontot tong tu potong elok2 untuk touch up kat bahagian mulut tong pulak.




3. pastu gam pulak bahagian atas dan bawah. yg atas tu kena gam polisterin kat tengah2 plywood besar.  yang plywood kecik tu x payah letak polisterin. gamterus je dengan kain belacu. pastu tunggu dia kering dulu:



4. bila semua part yg perlu digam dah kering, kita pasang pulak. ada lubang siap sedia kat plywood tu tapi tertutup dgn kain yg digam. jadi tebuk semula untuk kita masukkan tali. tapekan tali dengan muskin tape untuk mudahkan masuk dalam stiap lubang. pastu buat knot pada hujung yg satu lagi. masukkan tali dari atas pada lubang pertama pada bahagian 4 lubang yg tersedia. pastikan knot ada di sebelah atas. terus masukkan tali dengan menghubungkan antara tapak bawah dan atas sehingga tamat.


5. bila dah habis tali dimasukkan, matikan knot pada lubang terakhir sebelah tapak bawah tapi knotnya menghadap ke atas. pastu potong tali yang lebih dan buka pilinan lebihan tali tu kepada 3 bahagian.

 6. guna cable tie untuk ikat antara 2 tali sebelah menyebelah. guna setiap satu dari 3 bahagian tali yang dah diceraikan tu untuk hasilkan "cover" pada cable tie yang dah diikat. tali tu disambung pada hujung dan pangkalnya guna muskin tape dan alihkan penyambung tu ke sebelah belakang. jadi, tak nampaklah penyambung, baru kemas!


7. sudut pandang dari atas, tepi, bawah:


simpul simpulan bahasa sanskrit: amacam? ok la kannn... salute pada org yg perah otak reka benda alah ni!

Tuesday, April 17, 2012

PERHIMPUNAN & MEMECAH REKOD PERSEMBAHAN SILAT 24 JAM TANPA HENTI

salam sahabat buat sekalian~
aku baru je balik dari satu perhimpunan seni mempertahankan diri yang besar. jadi, apa yang aku nak bagitau kat sini, kami telah berjaya memadamkan rekod silat lincah yang pernah dibuat pada Mei tahun lepas. rekod memang best.. sweet memory. tapi penat jugakla nak kena cari budak2 yang dah bergelimpangan tidur kat masjid, hostel, tepi dewan, bawah tangga, atas stage, haaaadoiiihh~~ ni semua semata mata nak masukkan diorang dalam gelanggang dan perjalanan silat tu tak putus. kami buat dalam dewan sri iskandar UITM Sri Iskandar Perak. ada ekon sssejuk, aku x tahan weh.

sebenarnya silat 24 ni adalah idea naib yang di pertua silat sri gayong panglima ulung. dan kami rancang untuk buat rekod dalam kelompok kami saja. segala urusan dengan pihak Malaysian Book of Records, pertubuhan kami yang uruskan. semua keluar duit sendiri. kesian kat otai2 pertubuhan aku di perak nun. tapi tiba2 ada saja tangan-tangan yang nak ambil alih, maka jadilah projek ni di bawah nama PESAKA Perak. apa nak buat..... masa tahun lepas, bila rekod 10 jam nak dibuat, xda pulak panggil bincang untuk buat rekod sama2 untuk PESAKA. tapi bila time kami nak buat untuk pertubuhan kami saja, ada saja cakap-cakap belakang, pujuk2 rayu, bincang2 lemah gemalai.... donia2.....

walaupun jadi macamni, pihak kami profesional dan x boikot. nasib korang baik tau tak!

nak dijadikan cerita, aku ada jugak terpikir kemungkinan rekod silat 24 jam tanpa henti ni akan timbul isu solat ke tak? haha...bila aku balik ke rumah je, aku pon search dan jeng3... MEMANG ADA MANGKOK HAYUN CAP KELUBI MASAK LEMAK yang postkan berita ni kat forum radikal puak pembangkang. puih! aku x kesahla korang pembangkang ke, bengkang ke, longkang sekalipon... tapi pasai nak kaitkan rekod ni dgn UMNO? nak terus fitnah terus ke atas 400 orang peserta dan ramai lagi urusetia urusetia program ni? kau ingat fitnah ke atas beratus-ratus orang ni, senang2 malaikat nak padam kat buku amalan buruk kau tuh?
untuk itu, aku rasa aku nak tibai balik puak2 penfitnah ni biar korang sedaq diri sikit kan.. ahaa... masalahnya bukan dekat berita yang dikeluarkan paper tu. tapi masalah pada persoalan yang si malaun ni timbulkan guna berita yang dilaporkan.


semua yang korang nampak kat atas tu adalah dari web INI. jadi, kat atas tu semua mengutuk ngutuk. bermakna diorang ni dah termakan hasutan syaitan laknatullah si pembuka thread forum ni. maka, aku rasa makin bertambahlah dosa kau yer.. kami semua dapat pahala kau. kih3..
tapi ada jugak yg bersangka baik dan tertib..bagus diorang ni. camni la cara nak berforum..forum jgn sampai fitnah kan..
aku hairan betul manusia zaman sekarang. suka cari kesalahan orang lain. padahal dia sendiri dah buat dosa dan wajib minta maaf kat semua pesilat yang dia fitnah. ok2...mungkin kalau dia terbaca blog aku ni dia akan kata, "JADI APA BUKTI KAU YANG KORANG BERSILAT 24 JAM TAPI X TINGGAL SOLAT?".

buktinya ada kat aku. kami bersilat gilir2 bermula pukul 9 pagi 14 april 2012. setiap slot ada masa 30 minit. jadi, sebelum tamat slot pertama pada jam 9.30pagi tu, agak2 dalam minit ke 9.29pagi akan ada satu perguruan lain sambung gerakan silat dari belakang. jadi perguruan slot pertama akan keluar gelanggang sambil diganti dengan perguruan lain di slot dua. kemudian akan ada perguruan-perguruan lain akan ikut giliran masing2. maka itu yang dinamakan persembahan silat 24 jam tanpa henti. bukannya setiap pesilat bersilat x berhenti selama 24 jam. itula...mak ayah suruh belajar Bahasa Melayu pandai2, kau pegi main tuju guli........ nah..amik kau bukti jadual perlaksanaan program kami. nasib baik aku simpan. kenapa jadual ni aku ada? dah aku yang urus budak2 ni, dah tentu la aku ada. hadoiii....

 klik untuk besarkan mana2 gambar

simpul simpulan bahasa sanskrit: ehem2..dosa fitnah ni x terlerai selagi x mintak maaf pada orang yang kau fitnah. haha..masakla kau nak cari semua pesilat yang kau fitnah!

Wednesday, April 11, 2012

GEMPA BUMI 11 APRIL 2012

salam sahabat buat sekalian~

aku tidur tadi sebab ingat jantung aku misbeat lagi. hohoo..jantung aku pelik sikit, kadang2 dia misbeat sampai bergoyang badan. so, aku tidur sampai 30 minit. pas bangun ja aku buka facebook dan ada berita gempa bumi. hohoooo... maknanya bukan jantung aku misbeat tapi gempa bumi 8.7 skala ricther.
 aku sarankan supaya segala aktiviti pantai di kedah, perlis, penang, perak x dilakukan. sebab aku terbau tsunami dah nih.. hidung bleh scan kan..aha, xcaya sudah.
satu lagi, harga ikan esok dan 2-3 hari kemudian aku ramalkan melambung tinggi. so, pegilah ke pasarmalam terdekat sekarang jugak. yg perasan dah banyak buat pahala tu, pakat2 solat taubat ye. ;)


"Gempa bumi pada kadar 8.9 skala Richter yang dilaporkan berlaku di pantai barat Sumatera Utara sekitar jam 3.38 petang tadi,waktu tempatan turut dirasai oleh negara jiran seperti Malaysia.

Antara yang turut merasa gegaran adalah sepanjang negeri pantai barat semenanjung Malaysia,gegaran yang di rasai serentak itu berlaku dalam lingkungan jam 4.30 berlarutan sehingga jam 4.50 petang (waktu Malaysia) di sesetengah tempat

Sumber memberitahu kawasan yang paling merasai gegaran paling lama adalah negeri di utara tanahair antaranya Perak,Kedah dan Pulau Pinang"

simpul simpulan bahasa sanskrit: ada sedara aku yg meninggal kerana tsunami besar dulu. al-Fatihah...

Tuesday, April 10, 2012

SALAH TEMPAT MELEPAS STRESS

salam sahabat buat sekalian~

aku balikla dari sekolah dengan hati yg girang. elok sampai rumah, dapat satu msg dari guru pembimbing minor aku, "Saya bagi semua skala 5 dlm penyeliaan brsama..". pekk! tampar dahi sendiri. aduii..bukan x syukur tapi fullmarks tu. maknanya, perkara tu akan menyusahkan aku. orait..camnilah aku track dari awal. aku ni jenis kalau nak buat sesuatu perkara, aku akan plan dulu sehabis baik. jadi, aku mengelak utk dapat rentas(cemerlang praktikum) kerana:


first untuk 3 bulan praktikum, aku ada 12 minggu. sepanjang 1-9 minggu akan diselia oleh sekolah dan pihak IPG. so, aku usaha untuk prepare apa yg termampu dlm 9 minggu pertama ni.

second, oleh sebab semester seterusnya aku ada internship 1 bulan (kolaborasi projek aktiviti bersama sekolah) maka aku perlu dapatkan impression yg bagus dari pihak skolah dlm masa aku praktikum sem ni. impression ni penting sebab aku kena dapatkan kepercayaan awal supaya masa aku dan kawan2 cadangkan apa2 aktiviti projek pada internship semester depan akan mudah dapat bajet kewangan. jadi, aku mula buat mural sikit demi sikit, dan kawan aku menghias studio seni sekolah sikit demi sikit. plan kerja ni semua akan habis dalam masa 12 minggu. dan 3 minggu terakhir tu adalah minggu menambahbaik dan mermperkemas kerja2 kami khusus utk semester depan.

third, aku dah rancang untuk collect data thesis dalam 3 minggu terakhir ni jugak. so, kena buat ujian n macam2 kaedah lagi dengan murid. kalau dibaginya rentas, masa bila aku nak collect data?

fourth, bukan aku saja yg mengelak untuk direntas tapi semua kawan2 aku elak selepas calon asal yg ditetapkan tu tiba2 jatuh sakit kronik. orang macam aku ni xlayak dapat rentas tu sebab pendokumentasian aku langsung tak lengkap, aktiviti pnp aku normal (takda muzik, gerakkan badan, ICT) saja. cuma gaya aku mengajar BM dan PSV tu jelas dan terang. takkanla dgn satu kriteria tu nak dibaginya rentas?

fifth, masih ada rakan aku yg layak tapi macam aku kata, masing2 menolak sebab diorang pon ada perancangan sendiri dari awal praktikum lagi. pendek kata masing2 semua xnak masa berbaki tu diganggu. hujung minggu ni pulak aku ada silat 24 jam tanpa henti untuk buat rekod malaysia kat perak. pastu aku nak aktif melawat balik ke gelanggang2 silat sekitar perlis. lama sangat aku tinggalkan diorang.

jadi, aku expect markah minor aku tu biasa2 ja..tiba2 full pulak. syarat utk rentas mestilah major dan minor sama2 full. jadi aku pon mengharapkan agar markah major aku tu less dari minor untuk elakkan rentas tu. kalau aku memang jenis pulun, pandai tahap gaban, dari awal lagi dok kejar rentas tu lainla cerita. tapi bila ujung2 ni, nak kena cover balik dari awal kerja2 kita, hasil murid, dokumen...gila ah. sapa yg sanggup kan? ini bukan merungut, tapi perkara yg boleh dielak, aku carila jalan untuk elak.



maka aku pon postla kegusaran hati kat fb..biasala fb sendri, postla sukahati aku kan? xkan aku nak post sukahati kat wall fb orang?? pastu ada la satu komen yang agak pelik kat status aku tu....

masa first time aku baca, apehal dia nak caps "STUDENT" tu? kenapa nak tekankan perkataan tu kat aku? who is this woman?? so, aku tengok wall n info dia sebelum aku komen balas. masa bukak wall dia, aku nampak status terbaru dia yang tengah stress camni:

jadi aku pon.."oooooo"... dia "lecturer" rupanya, pastu angin kat student bangsa Cina dia. siap maki2 lagi kat fb... bajet dia bagus sangat nak maki student kat fb? aku x pernah jumpa lecturer aku yg maki students sendiri kat fb. dia ni memang xda adab dan etika sebagai profesional.

aku pon malas nak komen panjang sebab aku pon tengah serabut dgn hal rentas tu, aku cutt off dgn ayat yang simple. tapi dia pulak yang gelabah..dia xbleh hentam student sendiri, datang kat status aku nak hentam aku plak ats dasar aku seorang student. laahhh...AKU BUKAN STUDENT KAU PUN LAHHH.

yg best tu, ayat dia "apa sangat hasil ko sebagai seorang student". lah...apa kepentingan dia nak tau? adakah sebab dia rasa dia bagus sgt sebagai lecturer? sebab dia xdapat rasa hormat dari students Cina dia, jadi dia nak perlekeh aku (seorang student di institusi lain) dan kemudian hormat kat dia? kalau macam ni perangai lecturer, memang patut pon students Cina dia tu x hormat kat dia. sebenarnya dia ni nak melegakan hati dia saja lepas stress dgn student sendiri. kewibawaan dia dah jatuh sebagai sorang lecturer dan nak cover balik melalui cara lain. pendek cerita, dia sedang dahagakan puji pujian dan kata2 dari seorang yg rendah education qualification dari dia. dia lupa...dia dapat qualification yg tinggi sikit dari aku pon atas sebab dia tua dari aku. jadi dia dapat peluang dulu. so whats? adakah itu menentukan tahap IQ dan EQ seseorang? melalui cara dia komen, IQ mungkin ada sikit2 tapi EQ are none.


yang seronoknya, dia masih lagi xmau mengalah dan nak jugak komen berbaur ugutan.. alah..macam budak2 cakap dulu lah, "kau tunggu..aku cari kau/ aku cakap kat abang kau.". haha..lawak betoi lecturer cabuk ni.

aku rasa dia ingat aku student yang fresh2 study kot.. dia taktau sistem IPG macamana.. logiknya, dia tu bukan lecturer aku. dia pulak lecturer kat sebuah universiti bukannya IPG. dan kalau dia jumpa lecturer aku, apa tindakan yg dia boleh buat? orang cuma akan gelakkan dia saja, "alah, hal kat fb pon nak sibuk ugut2 orang. hahahaa". kalau dia jumpa abang aku pulak? hahaa....dia kenal ke perangai abg aku? aku rasa dia makan penendang dulu kalau pergi komplen dan ugut x tentu pasal dan xprofessional langsung. mungkin perempuan ni ingat ada persatuan lecturer2 semalaysia kot..bodo biol betulla.. nak kena tindakan disiplin pon, mesti bergantung pada akta dan peraturan institusi yg student tu study bukan main komplen2 luar bidang kuasa pastu trus kena. boooo....aku tahu law lah bengong.. dasyat betul dia punya kebodohan, sampaikan aku pandang rendah pada tahap kebodohan dia betullah kata2 hikmat ni:



serius aku cakap, dalam kepala dia ni mungkin nak berkenalan dengan seorang(akula tu) UNDERGRTADUATED STUDENT (dia hebat, dia ada master/ lecturer U), AMATURE ARTIST (dia hebat, dia professional artist) tapi bukan itu saja, dia akan berkenalan dgn seorang JURULATIH KANAN, PEMEGANG BENGKUNG MERAH, YANG DIPERTUA SEBUAH PERTUBUHAN SILAT PERINGKAT NEGERI (YDP NEGERI PERLIS). 

simpul simpulan bahasa sanskrit: "freely visiting me in this lovely state of Perlis and we'll see how'd you will leave..."