yusufyaacub/panca-4dimensi: May 2012 Night Diamond Bloody Red - Link Select Max

Saturday, May 26, 2012

SPORTBIKES 250CC AWESOME DI MALAYSIA

salam sahabat buat sekalian~
kat Malaysia sekarang dah banyak pilihan motor berkuasa 250cc nih. kalau nak ikutkan dulu, kapcai dengan skuter je bersepah.kira sekarang ni ada nampak dah kemajuan tu. hehee.. jom kita tengok pilihan2 di pasaran sekarang ni.


JENIS MOTOR:
1. KAWASAKI NINJA 250R
2. HONDA CBR250R
3. NAZA BLADE 250R
4. NAZA BLADE 250 NAKED
5. SYM T2
6. MEGELLI 250R
7. MEGELLI 250 NAKED
8. MEGELLI 250 SUPERMOTARD

ahaa...cemana tuh? kalau nak tau harga semasa, korang google je lah ek. sebab harga semasa ni bergantung pada kedai dan berubah ubah. 

simpul simpulan bahasa sanskrit: sedang ke arah megelli 250r

Friday, May 25, 2012

T- SHIRT SUGAR GLIDER UNTUK DIJUAL

salam sahabat buat sekalian~
MARI MARI MARIII......... bagi para peminat tegar sugar glider, bolehlah tempah t shirt eksklusif yang direka khas oleh saya. tempahan dibuka sehingga 8 JUN 2012 haja. dan baju2 mula dihantar dengan poslaju bermula 9 JUN 2012 HINGGA 29 JUN 2012. bolehlah beli dan pakai kalau korang pergi gathering ke, expo ke.. wah3..mesti best pakai ramai2 kan?





















DESIGN2 ADALAH SEPERTI BERIKUT:
CODE: B1SGT
CODE: B2SGT

CODE: R1SGT 


CODE: R2SGT


CODE: L1SGT
CODE: L2SGT


CODE: O1SGT
CODE: O2SGT


CODE: T1SGT
CODE: T2SGT


CODE: W1SGT
CODE: W2SGT



































































1 helai= rm 28 + rm 6 postage
2 helai= rm 55 + rm 8 postage
3 helai= rm 82 + rm 15 postage
4 helai= rm 110 + rm 15 postage
5 helai= rm 136 + rm 15 postage
6 helai= rm 164 + rm 15 postage
7 helai= rm 192 + rm 15 postage
8 helai= rm 220 + rm 15 postage

SAIZ: S,M,L,XL,XXL (standard orang Asia)
S: lebar dada = 19'', labuh = 25''
M: lebar dada = 20'', labuh = 26''
L: lebar dada = 21'', labuh = 27''
XL: lebar dada = 22'', labuh = 28''
XXL: lebar dada = 23'', labuh = 29''
*ukuran dalam unit inchi.

simpul simpulan bahasa sanskrit: CEPAT3 EBELUM HABIS MASA!

Thursday, May 17, 2012

FERRARI KEMALANGAN DENGAN TEKSI DI SINGAPURA

salam sahabat buat sekalian~

kita dah sedia maklum bahawa Singapura amat tegas dalam peraturan dan undang2 terutama peraturan jalanraya. walaubagaimanapun, kat sini aku nak share video kemalangan live antara sebuah ferrari yang dipandu laju dengan sebuah teksi di trafic light jalan Singapura. ibu mengandung dinasihat tak tonton okeh. difahamkan ada 3 orang maut dalam kejadian kemalangan ni.


errmm...ni pulak hasil selepas kemalangan tadi.



dengar cerita kebanyakan orang Singapore akan bawak keta laju2 bila dorang datang highway Malaysia. maklumla, nak lepas gian sebab kat negara dorang tak boleh bawak laju2, kalau bawak laju2 nanti tak sempat brek..trafik light kerap sangat..pastu jadi la macam ni..ish3....

simpul simpulan bahasa sanskrit: kat Malaysia pon korang takbleh bawak laju woi.. respek la sama negara orang oii..

Monday, May 14, 2012

PROBLEM EDIT PAGE DAN TABS PAGE

salam sahabat buat sekalian~


dah 2 hari dah aku try nak edit tabs kat page tu. aku revert ke draf semula. ada pulak yg aku terdelete pastu takbleh nak undo balik la pulak. mulanya aku nak edit tabs tu saja sebab aku ada nampak blog2 lain kemain boleh samakan tabs tu dengan template. tu yang aku nak try. cuma tak pasti samada memang tabs tu tersedia dengan template atau boleh buat sendiri.

masalahnya aku buat tak jadi2. dah tu, aku saja nak edit page, pon tak boleh jugak. aku try delete blog ni terus pastu undeleted semula kot2 ada kesan positif . tapi takda jugak. so, buat masa ni aku biarkan dia jadi draf je dulu. pada insan2 yang sudi membantu untuk buat tabs yang canggih tu, sila tinggalkan link tutorial kat ruang komen.


simpul simpulan bahasa sanskrit: faster2...

Monday, May 7, 2012

TANDUK RUSA PUTIH UBAT PENYAKIT KARANG BATU

salam sahabat buat sekalian~

saja nak berkongsi satu ubat tradisional ni.. tanduk rusa. what?? bukan pokok tanduk rusa..tapi betul2 rusa punya tanduk ni haa.. okeh, untuk ubat apa? khasiat? ni nak story.. tanduk rusa kalau diasah atau dijadikan serbuk halus mulus bak kopi paket 3 in 1 tu, dan kemudian diminum bersama 6-7 biji asam limau, insyaallah penyakit karang batu akan hilang. mengikut testimoni dari ibu kawan aku, dia minum 2 kali saja dan batu karang tu keluar semasa dia buang air kecil. macamana ia bertindakbalas aku pon taktau. dah nama pon ubat tradisonal kan... aku beli untuk sorang kawan aku tu. kesian tengok dah rupa mayat hidup dah tu. kih3.. orait, ni la rupa ubatnya lepas diproses...jangan salah sangka ni dadah jenis ais/syabu pulak. ni obat lahhhh. untuk ubat yang aku dapat ni adalah daripada tanduk rusa putih (albino), rare dan lain dari rusa biasa. harga dan di mana aku dapat, rahsia. hehehee..

UBAT KARANG BATU TANDUK RUSA PUTIH
ada jugak orang buat batu cincin bila dapat tanduk rusa putih ni, kononnya halau makhluk halus, pendinding sihir, kuatkan seksual, dan macam2 lagilahhh.

simpul simpulan bahasa sanskrit: cegah sebelum parah.

Tuesday, May 1, 2012

KEM SILAT SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG MALAYSIA FASA 1 2012

salam sahabat buat sekalian~
kem ni akan diadakan pada 26-28 mei 2012. untuk butiran lanjut, boleh ke page facebook kami. kalau takda facebook, pinjam kawan punya. hahah. klik gambar iklan di bawah untuk ke WELCOME PAGE KAMI.

pada page itu lihat di atas, KLIK TAB seperti dalam kotak merah di bawah untuk ke WALL OFFICIAL PAGE KAMI. atau terus KLIK GAMBAR INI UNTUK KE OFFICIAL PAGE KAMI.

simpul simpulan bahasa sanskrit: moga seronok ye nanti. ^^